Alat Pernafasan Dibuka, Osman Kering Stabil

Diterbitkan: Rabu, 13 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak, Osman Kering atau nama sebenarnya Osman Kassim, 58, dilaporkan semakin stabil selepas dimasukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pada malam Isnin lalu.

Anak kedua Osman, Mohd Al Amin berkata, doktor telah menanggalkan alat bantuan pernafasan yang diberikan kepada bapanya pagi Rabu selepas dia sudah boleh bernafas sendiri.

"Alhamdulilah nampak ada perkembangan yang baik dan doktor juga telah melakukan proses mencuci buah pinggang ayah dan keadaannya semakin stabil," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Rabu.

Pada malam Isnin lalu, Osman dikejarkan ke hospital apabila rebah selepas mengalami batuk berdarah dirumah mereka di Bandar Sri Permaisuri, Cheras.

Keadaan menjadi kecoh apabila pelakon itu dikhabarkan telah meninggal dunia.

Dalam pada itu, Amin memberitahu, bapanya ditempatkan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) dan sedang dipantau selama 48 jam untuk melihat perkembangan dan tindak balas keadaan kesihatannya.

"Sebelum ini jantungnya telah berhenti selama 20 minit dan doktor mahu melihat perkembangan otaknya dalam masa 48 jam berikutnya selepas alat bantuan pernafasan dibuka.

Tambah Amin, doktor juga akan membuat imbasan sinar x bagi melihat perkembangan fungsi otak bapanya selepas tempoh itu.

"Insya Allah, harap-harap semuanya berjalan lancar dan ayah akan kembali sihat," ujarnya.

Menurut Amin, bapanyua sudah lama mengalami penyakit batuk kering serta sesak nafas dan keadaannya bertambah serius sejak akhir-akhir ini.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan