Pelajar Dapat Diskaun Untuk Konsert Maher Zain - Berita Hiburan | mStar

Pelajar Dapat Diskaun Untuk Konsert Maher Zain

Diterbitkan: Selasa, 12 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Maher Zain
Maher Zain

PETALING JAYA: Para pelajar di negara ini boleh menyaksikan konsert Maher Zain Forgive Me Live In Malaysia 2012 yang bakal berlangsung Sabtu ini di Stadium Merdeka, dekat sini dengan potongan harga sebanyak 20 peratus.

Perunding Wonderland Artistry Sdn Bhd Goh Yoke Leng berkata, para pelajar perlu menunjukkan kad pelajar masing-masing di semua kaunter jualan TicketCharge yang dilantik untuk urusan penjualan tiket.

“Pihak kami mendapati Maher Zain turut diminati oleh golongan pelajar dan adalah wajar diskaun untuk mereka diberikan bagi menyaksikan persembahan tersebut nanti,” katanya kepada mStar Online di sini, Isnin.

Menurutnya, konsert yang bakal berlangsung pada pukul 8.30 malam itu adalah satu acara istimewa kerana penyanyi yang popular dengan lagu Insya-Allah tersebut akan membuat kemunculan khas.

Dalam masa yang sama, para penonton juga boleh menyaksikan persembahan artis undangan iaitu Irfan Makki dan Raef yang turut dijemput.

Sementara itu selain tiket untuk para pelajar, pihak penganjur masih lagi menyediakan tiket kepada orang ramai bagi menyaksikan persembahan berkenaan.

Tiket-tiket dijual dengan harga RM78, RM138, RM238 dan RM298.

Ia boleh dibeli dengan melayari www.ticket-charge.com.my

Konsert berkenaan ditaja oleh Etiqa Takaful Bhd dan One Drop Perfume serta disokong oleh Tourism Malaysia, Inteam Records dan Warner Music Malaysia.

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan