Caroline Juara Mentor 6, Bawa Pulang RM100,000

Diterbitkan: Isnin, 11 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Caroline menepati ramalan apabila muncul juara Mentor musim keenam.
Caroline menepati ramalan apabila muncul juara Mentor musim keenam.

SHAH ALAM: Memperoleh 71 markah secara keseluruhan, protege kepada Ella iaitu Caroline menepati ramalan apabila berjaya meraih gelaran juara program Mentor musim keenam (Mentor 6) yang berlangsung di Stadium Malawati, di sini, malam Ahad.

Caroline atau nama sebenarnya Puteri Caroline Mohd Kamel, 20, berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 serta trofi.

Protege Ogy Ahmad Daud, Zatul atau Noor Nazatul Farahin, 23, mendapat tempat kedua dengan mendapat 60 markah , sekali gus meraih wang tunai berjumlah RM30,000 serta trofi.

Manakala protege Faizal Tahir, Anas atau Anas Ridzuan (50 markah) yang mendapat tempat ketiga menerima wang tunai sebanyak RM10,000 berserta trofi.

Ketiga-tiga mentor tersebut turut mendapat trofi dan habuan wang tunai mengikut kemenangan protege masing-masing di mana Ella mendapat RM100,000, Ogy (RM30,000) dan Faizal (RM10,000).

Pada segmen pertama, Anas membawakan lagu Cinta Muka Buku nyanyian Najwa Latiff, diikuti Zatul dengan dua buah lagu daripada kumpulan Search iaitu Pawana dan Pelesit Kota.

Manakala Caroline membawakan lagu My Love (Justin Timberlake) dan I Don't Wanna Miss A Thing (Aerosmith).

Kemudian ketiga-tiga protege ditugaskan untuk berduet dengan penyanyi profesional yang mana menyaksikan Anas membawakan lagu Selamat Malam (Faizal Tahir) bersama Hazama, Zatul dan Ziana Zain (Nakal-Gigi dan Sedang Ingin Bercinta-Dewa 19) manakala Caroline membawakan lagu Kau Kekasihku (Siti Nurhaliza) dengan Azlan The Typewriter.

Tugasan terakhir, Anas menyampaikan lagu barunya iaitu Hanya Dirimu, Zatul (Tinggalkan Yang Lalu) dan Caroline membawakan lagu Harus Cintamu.

Format pemarkahan merangkumi 50 peratus daripada juri profesional, 30 peratus undian SMS dan 20 peratus melalui juri awam.

Juri profesional merupakan pemuzik Datuk Ramli MS dan Datuk Sharifah Aini.

Turut diumumkan adalah pemenang peserta uji bakat iaitu Najua P.Ramlee yang menyanyikan lagu Kisah Hati menerima hadiah wang tunai RM1,000.

Mentor 6 akhir itu disiarkan secara langsung di TV3.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan