Separuh Akhir 1 BRTM 2012 Sengit

Diterbitkan: Ahad, 10 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Para peserta memberikan persaingan hebat. Foto SHAARI CHEMAT
Para peserta memberikan persaingan hebat. Foto SHAARI CHEMAT

KUALA LUMPUR: Pertandingan Bintang RTM 2012 peringkat separuh akhir pertama sengit apabila enam peserta bertanding memberikan persaingan hebat dalam merebut tempat di peringkat akhir.

Juri jemputan BRTM 2012 iaitu Hazami berkata, kesemua peserta mempunyai bakat yang cukup besar dan persembahan mereka pada malam Sabtu itu cukup meyakinkan.

"Sukar untuk mrmbuat pilihan siapa yang paling menonjol kerana semua mereka sangat bagus.

"Atas dasar itu juga saya banyak memberi komen yang lebih kepada mendidik dan bukannya menghentam kerana mereka mempunyai asas kuat sebagai penyanyi dan hanya ada beberapa kekurangan lain yang boleh diperbetulkan," ujarnya ketika ditemui selepas pertandingan di Auditorium Perdana, Angkasapuri di sini pada Sabtu.

Selain Hazami, dua lagi juri adalah Muzaffar dan Adnan Abu Hassan.

Enam peserta tersebut adalah Fitri, 19, Firdaus, 22, Charles, 22, Diandra, 20, Aisha, 23 dan Christine, 16.

Menampilkan Muaz sebagai pengacara, separuh akhir pertama ini menyaksikan para peserta perlu menyampaikan dua buah lagu secara medley.

Separuh Akhir dua akan berlangsung pada Sabtu depan sebelum juri mengumumkan siapakah yang berjaya ke peringkat akhir yang dijadualkan berlangsung pada Julai depan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan