Kabir Bhatia Akui Sukar Hasilkan 'Waris'

Diterbitkan: Ahad, 10 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kabir Bhatia akui sukar hasilkan Waris.
Kabir Bhatia akui sukar hasilkan Waris.

PETALING JAYA: Pengarah terkenal, Kabir Bhatia mengakui sukar untuk menghasilkan drama bersiri Waris iaitu sambungan kepada drama arahannya sebelum ini iaitu Kekasih Ku Seru.

Kabir berkata, dia perlu mengambil kira pelbagai aspek supaya perjalanan cerita daripada musim pertama tidak lari dalam karya terbaru ini supaya penonton boleh mengaitkan kejadian yang berlaku semasa musim terdahulu.

"Ini adalah sekuel dan untuk menghasilkan satu kisah sambungan daripada sebelumnya bukan mudah dan saya sedar penonton mengharapkan yang terbaik.

"Atas dasar itu juga kita amat menitikberatkan jalan ceritanya supaya penonton tidak berasa 'asing' ketika menonton sambungan Kekasih Ku Seru ini," ujarnya ketika ditemui semasa pelancaran drama bersiri berkenaan.

Waris terbitan produksi Filmscape Sdn Bhd ini bakal menemui penonton bermula 14 Jun, pukul 10 malam menerusi slot Seram di TV3.

Masih mengekalkan barisan pelakon sama seperti Datin Umie Aida sebagai Mas Suri, Emelda Rosmila (Marisa), Fizz Fairuz (Rashad), Hairi Othman (Waris) dan Tengku Sariza atau Kuza (Mas Ayu).

Dalam pada itu, menjelaskan penukaran tajuk drama berkenaan, Kabir berkata ia adalah dibuat setelah berbincang dengan pihak stesen TV3 dan penulis skripnya iaitu Mira Mustafa, Tommy CT Loh dan Nik Naemah sejajar dengan kandungan cerita yang menfokuskan kepada waris-waris daripada siri sebelum ini.

Kabir berkata, dia yakin ia tidak akan mengelirukan penonton kerana pada episod pertama Waris turut diselitkan beberapa babak penting daripada Kekasih Ku Seru sebagai memperingati apa yang terjadi.

"Jika ada yang mengikuti Kekasih Ku Seru pasti akan mengingati bahawa cerita itu tergantung di akhirnya dan ia sambungan itu dibawa ke sekual terbaru ini," ujarnya.

Tambah Khabir, dia mengambil masa selama dua bulan untuk menyiapkan drama tersebut dengan menitikberatkan kisah pewarisan saka yang pasti akan menarik perhatian penonton.

Waris mengisahkan Marisa dan Rashad yang kehilangan anak kembar perempuan mereka dan memberi sepenuh perhatian kepada anak lelaki, Amar. Bagaimanapun, ketika bercuti di Terengganu, Amar yang menghilangkan diri ditemui diserang penyakit sawan tiba-tiba dan keadaannya membimbangkan Marisa.

Sebaik pulih, Marisa membawa Amar bertemu dengan ibunya, Mas Suri. Ternyata, apa yang dirisaukan Mas Suri selama ini menjadi kenyataan apabila sikap Amar yang ceria, sudah berubah menjadi murung dan cepat marah. Apakah itu menandakan saka Waris sudah bangkit semula dan menghantui mereka?

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan