ALBUM BARU: Empat Kompilasi Khas Buat Peminat Sudirman

Diterbitkan: Sabtu, 9 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

101 Sudirman.
101 Sudirman.

ALBUM: 101 Sudirman, Aku Sudirman-Suatu Interpretasi, Aku Sudirman & Hoore! Hoore!,

ARTIS: Datuk Sudirman Arshad

EDARAN: Warner Music Malaysia

WALAUPUN pemergian Allahyarham Datuk Sudirman Arshad sudah 20 tahun berlalu, namun zaman kegemilangannya masih lagi diingati sehingga kini.

Kehebatannya sebagai penghibur nombor satu negara juga membuat beliau antara penyanyi yang disayangi umum oleh pelbagai bangsa.

Justeru itu pihak Warner Music Malaysia mengeluarkan sebanyak empat buah album yang memuatkan lagu-lagu popular beliau.

Kemunculan album 101 Sudirman memuatkan sebanyak 101 buah lagu penyanyi lagenda kegemaran ini.

101 Sudirman merupakan salah satu album daripada siri kompilasi 101 yang dikeluarkan sejak bulan Februari lalu dan ia boleh dimiliki pada harga hanya RM39.90.

Aku Sudirman – Suatu Interpretasi yang mula berada di pasaran pada 5 Jun ini pula merupakan antara dua buah album hasil kerjasama antara pihak Warner dan stesen televisyen Astro.

Ia dijual dengan harga RM26.90 dan membariskan barisan artis muda, lantas menyuntik elemen baru di dalam ”menginterpretasikan’ lapan buah lagu yang dipopularkan Sudirman.

Pihak Warner dan Astro turut mengeluarkan album daripada runut bunyi (OST) filem Hoore! Hoore! dengan menggunakan judul nama yang sama.

Album ini memuatkan 13 buah lagu Sudirman yang telah digubah semula dengan sentuhan magis dan kreatif komposer terkenal Audi Mok dan pada masa sama Audi turut mencipta khas lagu Idola ciptaan yang dinyanyikan oleh Azlan & (The (Typewriter.

Menarik lagi, album ini menampilkan barisan artis-artis baru dan lama.

Sebagai tanda penghormatan pemergian Sudirman, sebuah lagi album khas buat para peminat muzik tanah air, Aku Sudirman, juga berada di pasaran.

Memuatkan sebanyak 30 buah lagu, antara yang dimuatkan dalam album ini adalah Merisik Khabar, Jauh Di Sudut Hati, Teratai Menjelma, Salam Terakhir dan Pelangi Petang. Ia boleh didapati pada harga RM27.90.

Kesemua album ini semestinya akan menjadi koleksi hebat buat peminat penyanyi hebat ini.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan