Lan (Kristal) Dapat Anak Perempuan

Diterbitkan: Khamis, 7 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Shella dan Lan bahagia dengan kehadiran anak kedua mereka. Foto daripada ohartis.com
Shella dan Lan bahagia dengan kehadiran anak kedua mereka. Foto daripada ohartis.com

PETALING JAYA: Vokalis kumpulan Kristal, Lan mendapat anak perempuan selepas isterinya, Nur Sheila Hassim, selamat bersalin di Pusat Perubatan Naluri Wangsa Maju, dekat sini kira-kira pukul 5.29 petang, Rabu.

Lan atau nama sebenarnya Razlan Mohamed Yosof berkata, anak keduanya yang diberikan nama Nur Amna Qeesyara itu dilahirkan secara normal dengan berat 2.9 kilogram.

"Walaupun ia adalah anak kedua saya, perasaan berdebar tetap ada lebih-lebih lagi dua minggu sebelum bersalin kandungan isteri menjadi songsang.

"Saya risau apabila doktor kata Sheila mungkin perlu dibedah, bagaimanapun dia diberi rehat secukupnya dua hari sebelum bersalin dan syukurlah kandungannya normal," katanya yang dihubungi mStar Online di sini, Rabu.

Tambah Lan, dia mungkin akan mengadakan kenduri doa selamat, namun perancangan itu masih lagi belum dibincangkan dengan isteri dan keluarga.

"Saya belum fikir apa-apa lagi, cuma yang penting isteri dan anak selamat.

"Isteri saya juga akan menjalani proses berpantang mengikut cara tradisional di rumah kami di Puchong dengan bantuan ibunya," ujar Lan.

Lan dan Sheila telah mendirikan rumah tangga pada 9 Disember 2009 dan memiliki seorang anak perempuan bernama Nur Amna Qaleesya yang kini berusia setahun 10 bulan.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan