Emelda Mengaku Tiada Publisiti Selepas Kahwin

Diterbitkan: Khamis, 7 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Emelda memberitahu tidak pernah memencilkan diri dan jadualnya sentiasa padat dengan pelbagai aktiviti seni.
Emelda memberitahu tidak pernah memencilkan diri dan jadualnya sentiasa padat dengan pelbagai aktiviti seni.

PETALING JAYA: Pelakon Emelda Rosmila mengakui statusnya sebagai seorang isteri menjadi punca dia kurang mendapat publisiti di akhbar dan juga majalah hiburan tempatan.

Emelda berkata, selama ini dia tidak pernah mengelak daripada wartawan kerana menganggap publisiti untuk seseorang artis itu adalah penting tetapi terpaksa menerima hakikat dirinya mungkin sudah tidak lagi diberi perhatian kerana status tersebut.

"Masa belum kahwin dan ketika tengah popular dalam drama Manjalara, banyak wartawan yang telefon untuk buat temu bual dan ambil gambar saya namun lepas kahwin semua itu sudah tiada.

"Bagaimanapun saya tidak pernah menyalahkan sesiapa kerana itu adalah perkara biasa dalam kitaran seseorang artis yang bertukar status," ujarnya kepada mStar Online selepas menghadiri majlis pelancaran drama bersiri terbaru berjudul Waris di sini, Rabu.

Bagaimanapun dia sebenarnya lebih senang dengan kehidupan low-profile dan berharap untuk dikenali kerana hasil kerja dan bukannya cerita peribadi.

"Jika popular tetapi tidak mempunyai benda baru yang hendak ditonjolkan kepada peminat tiada guna juga dan lebih baik dikenali kerana hasil kerja dan bukannya popular dengan cerita-cerita sensasi," ujarnya.

Dalam pada itu, bercakap mengenai kehidupan peribadinya bersama suami iaitu Adlin Aman Ramlie, Emelda berkata, tiada banyak perkara yang berubah selepas mereka berkahwin tiga tahun lalu dan menyerahkan kepada Allah untuk mengurniakan cahaya mata.

Bercakap mengenai perkembangan terbaru, Emelda sedang sibuk dengan pelajarannya dalam bidang komunikasi di Universiti Utara Malaysia (UUM) secara jarak jauh.

Katanya, pengajian peringkat ijazah sarjana muda itu masih berbaki setahun lagi dan berkemungkinan dia akan menghabiskan pengajiannya selepas tempoh tersebut.

"Sudah lama saya ingin menyambung pelajaran di peringkat lebih tinggi namun rezeki nampaknya selepas berkahwin. Namun itu bukan alasan untuk berjaya.

"Malah selepas mendapat ijazah sarjana muda ini saya berkira-kira untuk menyambung ke peringkat seterusnya," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Emelda memberitahu selain bakal muncul dengan drama bersiri Waris arahan Kabir Bhatia, dia juga sedang sibuk dengan latihan teater Primadona...Perahu Mimpi yang menggandingkannya dengan pelakon Que Haidar pada 26 Jun depan.

Waris bakal ditayangkan di slot Seram pada 14 Jun ini setiap hari Khamis pukul 10 malam di TV3.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan