Dafi Sudah Sedia Terima Kontroversi Media Indonesia

Diterbitkan: Khamis, 7 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyanyi Dafi, 24, sudah bersedia untuk berhadapan dengan kontroversi daripada media Indonesia sejak mengembangkan karier seninya pada awal Januari lalu di negara itu.

Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi Ismail Sabri berkata, walaupun bimbang dengan sikap media Indonesia yang lebih ekstrem dalam mencari bahan-bahan gosip, dia menerimanya dengan hati terbuka.

"Setakat ini saya buat kerja macam biasa, cuma mental saya perlu bersedia dengan lebih awal sebelum menerima tempias gosip daripada media Indonesia.

"Difahamkan mereka lebih ekstrem dalam mencari bahan berita, tidak seperti di sini (Malaysia).

"Apa-apa pun saya menerimanya dengan hati terbuka kerana kerjaya seorang anak seni dan kontroversi merupakan satu gabungan pakej yang perlu diambil sebelum ingin meneruskan karier seperti ini," katanya.

Bagaimanapun, tambah Dafi, dia bersyukur kerana pihak media di sana menerimanya sebagai pendatang baru yang sedang membina tapak di industri hiburan negara tersebut.

Dalam pada itu, Dafi turut mengakui bahawa dia sedang cuba untuk meningkatkan taraf kualitinya dalam nyanyian dan pada masa sama mengasah bakat sebagai seorang pengacara dan pelakon yang baru diceburinya itu.

"Saya percaya, untuk menjadi seorang artis yang mampu bertahan lama, kita perlu meningkatkan kualiti kerja yang diceburi kerana jika tidak, lama-lama peminat akan bosan.

"Begitu juga dengan saya di mana perlu meningkatkan kualiti nyanyian dan bidang- bidang lain agar peminat semakin bertambah dan kalau boleh saya mahu bertahan dalam industri hiburan ini sehingga akhir hayat, Insya-Allah," ujarnya yang bakal muncul dengan sebuah single lagu baru berjudul Bila cinta Tiada Lagi.

Dafi mengikat kontrak selama setahun sebagai artis eksklusif stesen televisyen Trans Corp dan merupakan hos rancangan Selebritas Siang di Indonesia.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan