Sharifah Aini Rasa 'Nak Mati' Ketika Di ICU

Diterbitkan: Isnin, 4 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Datuk Sharifah Aini
Datuk Sharifah Aini

SHAH ALAM: Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini menyifatkan pengalaman dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat jangkitan kuman pada paru-paru seperti hendak menemui ajal.

Sharifah Aini atau Kak Pah berkata, penyakit yang telah pun merebak ke seluruh paru-parunya itu menyebabkan beliau sukar untuk bernafas sehingga beliau beranggapan ajalnya semakin hampir.

"Pada ketika itu, saya hanya fikir sudah sampai masanya untuk Allah mengambil nyawa ini dan pada masa sama saya berdoa agar sempat menemui anak lelaki saya iaitu Aliff Omar yang hendak pulang ke tanah air dari Madinah.

"Dan kalau boleh, biarlah Aliff yang menjadi imam untuk jenazah saya nanti. Alhamdulillah semua ini tidak berlaku seperti yang disangka kerana Allah ingin melanjutkan lagi usia saya.

"Biasalah, pada usia sebegini, kita akan pergi bila-bila masa dan saya reda tentang hal itu," katanya.

Kak Pah yang dibenarkan keluar dari Hospital Pakar Damansara, di sini, pada petang Ahad lalu telah dimasukkan ke ICU pada 21 Mei lalu dan lima hari selepas itu, beliau dipindahkan ke wad biasa dan diberi rawatan selama 10 hari.

Tambah Kak Pah, beliau akui kehidupan sehariannya yang terlalu sibuk dengan pelbagai aktiviti sejak tiga tahun lalu membuatkannya jatuh sakit.

"Bayangkan, saya ditahan di hospital selama 15 hari dan ia merupakan jangka masa yang sangat lama. Alhamdulillah masa rehat itu membuatkan diri ini semakin pulih.

"Ia juga menyedarkan saya bahawa saya telah 'mendera' tubuh ini dengan bekerja keras tanpa memberi ruang untuk berehat," ujarnya.

Dalam pada itu, Kak Pah juga bersyukur apabila pihak hospital turut memberi kelonggaran untuknya hadir ke program Mentor 6 sebagai juri dengan bantuan jururawat peribadi pada Ahad lalu.

"Komitmen sebagai juri Mentor 6 tidak dapat saya elak untuk tidak menghadirinya dan tak sampai hati membiarkan Datuk Ramli MS jadi juri seorang diri, lagipun saya masih larat. Apabila selesai, barulah saya kembali pulang ke hospital.

"Bagaimanapun, selepas Mentor 6, saya akan berehat selama lima bulan bagi mendapatkan rawatan lanjutan," tuturnya.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan