Peter Andre Bakal Berduet Dengan Chris Brown?

Diterbitkan: Isnin, 4 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Peter Andre
Peter Andre

PENYANYI Peter Andre bakal bekerjasama dengan Chris Brown menerusi album terbarunya.

Menurut laporan Contactmusic, Andre atau nama sebenarnya Peter James Andre sedang menyiapkan albumnya di Los Angeles dan telah berbincang mengenai lagu terbaru yang bakal mereka menyanyi bersama nanti.

"Saya begitu sibuk menyiapkan album terbaru dan setakat ini semuanya berjalan dengan lancar.

"Malah saya dan Cris Brown ada membuat sedikit perbincangan, tetapi belum sampai masanya untuk saya mendedahkan kepada umum. Tunggu dan lihat sahaja," kata Andre.

Album terbaru Andre ini merupakan yang ke sembilan iaitu Accelerate yang dikeluarkan pada tahun 2010.

Penyanyi kelhairan England itu mula dikenali apabila lagunya Mysterious Girl mendapat perhatian ramai.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan