'Konsert Buloh Inn' Imbau Nostalgia Kelab Malam Filem 'Nasib Do Re Mi'

Diterbitkan: Ahad, 3 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Konsert Buloh Inn berjaya mengimbau nostalgia P.Ramlee. Foto ROHAIZAT DARUS
Konsert Buloh Inn berjaya mengimbau nostalgia P.Ramlee. Foto ROHAIZAT DARUS

KUALA LUMPUR: Konsert Buloh Inn terbitan RTM berjaya mengimbau nostalgia kelab malam daripada filem komedi popular Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Nasib Do Re Mi (1966).

Konsert berdurasi lebih dua jam itu disiarkan secara langsung di TV2 pada pukul 9 malam dari Auditorium Perdana, Angkasapuri di sini, malam Sabtu.

Penerbitnya, Norkhuzaimah Abd Aziz (Oja) berkata, dia berpuas hati dengan konsert itu kerana mesej, maksud dan nilai murni daripada himpunan lagu Allahyarham dapat disampaikan secara santai berlatarkan suasana kelab malam itu yang dimodenkan mengikut kesesuaian semasa.

"Bukan mudah untuk merealisasikan konsep kelab malam itu dalam sebuah konsert kerana pada awalnya kami mendapat respons negatif daripada segelintir pihak dalaman yang tidak memahami mesej yang hendak disampaikan.

"Kami perlu perjelaskan bahawa konsep itu bukan untuk mempersendakan karya Allahyarham tetapi satu penghargaan dalam bentuk yang santai dan humor, tetapi sarat dengan mesej menerusi lagu-lagu yang disampaikan," katanya.

Konsert itu diadakan bersempena sambutan Hari Seniman 2012 dan memperingati 39 tahun pemergian Allahyarham.

Ia menampilkan barisan artis popular tanah air antaranya Azlan & The Typewriter, Ramlah Ram, Sarah Raisuddin, Ana Raffali, Tomok, Aliff Satar, Ahmad Fauzee dan Musly Ramlee.

Sebanyak 22 lagu Allahyarham disampaikan pada malam itu seperti Bosanova, Jeritan Batinku, Tunggu Sekejap, Ibu, Malam Bulan Di Pagar Bintang dan Pabila Larut Malam.

Ia turut menyaksikan penampilan khas cucu Allahyarham iaitu Najua P. Ramlee mendendangkan dua buah lagu iaitu Getaran Jiwa dan Jelingan Manja.

Oja berkata, kemunculan istimewa Najua adalah sebagai tanda penghargaan kepada waris Allahyarham yang masih hidup.

"Kami sangat menghargai waris Allahyarham. Kebetulan pula Najua berkebolehan menyanyi, menari dan berlakon.

"Kami tampilkan dia pada segmen terakhir dengan menyampaikan dua lagu datuknya sebagai simbolik kepada konsert ini," katanya.

Pelawak Saiful Apek, Didie Alias dan Sepahtu (Jepp dan Shuib) bertindak sebagai pengacara bagi menyuntik elemen humor dan keceriaan.

Konsert berkenaan merupakan salah sebuah konsert dalam Siri Kalendar Orkestra RTM 2012.

Terdahulu, dua buah konsert yang sudah berlangsung adalah Konsert Sudirman... Abadi Di Hati pada 24 Februari lalu dan Eksklusif Datuk Sharifah Aini bersama Orkestra RTM (28 April).

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan