Cristina Suzanne Perlukan Kontroversi

Diterbitkan: Ahad, 3 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Cristina Suzanne Stockstill. Foto ART CHEN
Cristina Suzanne Stockstill. Foto ART CHEN

PETALING JAYA: Pelakon baru yang sedang meningkat naik, Cristina Suzanne Stockstill menganggap kontroversi dalam dunia hiburan adalah perlu walaupun kebanyakan artis enggan perkara berkenaan terjadi kepada diri mereka.

Cristina, 27, berkata, kontroversi sememangnya diakui dapat menaikkan seseorang artis tetapi perlu dilakukan dengan cara yang betul agar tidak membuatkan karier seseorang artis itu jatuh merudum.

"Pada pendapat saya ia (kontroversi) merupakan satu “makanan” dalam dunia hiburan di mana-mana negara sekali pun.

"Apa yang penting ialah, bagaimana seseorang artis itu mengendalikan situasi apabila berlakunya kontroversi terhadap diri mereka. Jika ia dapat menaikkan drama atau filem yang dilakonkan, apa salahnya kita melakukan kontroversi, asalkan ia tidak memalukan diri dan keluarga," katanya yang baru sahaja selesai penggambaran drama Fenomena Cinta bagi siaran RTM.

Bagaimanapun, tambah anak kacukan Jerman, Amerika Syarikat dan Melayu ini, dia akui kontroversi yang tidak memberangsangkan adalah perkara yang paling ditakuti dalam melalui perjalanan sebagai seorang pelakon.

Dalam pada itu, memandangkan Cristina kini memegang gelaran seorang selebriti, dia tahu sukar untuk mengimbangi kelakuan diri agar tidak melukakan hati sesiapa pun di sekelilingnya.

"Saya telah menetapkan beberapa garis panduan seperti membuang sikap hipokrit, perlu bersikap jujur dan tidak berlebih-lebihan dalam bergelar seorang selebriti.

"Bagaimanapun, apabila di majlis-majlis keramaian, saya terpaksa menjadi orang lain, kerana risau perangai 'gila-gila' saya mengundang kata-kata negatif daripada orang ramai.

"Asalkan kelakuan saya tidak menyalahi agama, adat serta tidak dipandang buruk oleh masyarakat, cukuplah," tuturnya.

Sementara itu, mengenai kerjaya lakonannya, pelakon drama Bicara Hati ini sering menjadikan pelakon Hollywood, Al Pacino sebagai inspirasi.

Katanya, kehebatan lakonan Al Pacino membuatkan dirinya kagum dengan bakat yang dimiliki sehinggakan Cristina cuba mengambil sedikit cara lakonan Al Pacino untuk dijadikan rujukan dalam drama atau filem yang dilakonkannya.

"Saya selalu mahu memberi hasil yang terbaik dalam setiap lakonan yang dilakukan dan lakonan Al Pacino seperti dalam filem “The Godfather” dan “Scent Of A Women” banyak mengajar saya skil tentang lakonan yang berbeza.

"Apa-apa pun, dia sekadar inspirasi saya, namun saya mempunyai cara tersendiri dalam lakonan yang dipersembahkan," kata pelakon drama Projek Pop (TV8).

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan