Seniman Ingin Pelaksanaan Gaji Minimum Kepada Artis - Berita Hiburan | mStar

Seniman Ingin Pelaksanaan Gaji Minimum Kepada Artis

Diterbitkan: Sabtu, 2 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) akan mengemukakan usul kepada kerajaan agar pelaksanaan gaji minimum dapat diperkenalkan kepada penggiat seni di negara ini.

Presiden Seniman yang baru Rozaidi Jamil atau lebih dikenali sebagai Zed Zaidi, berkata persatuan itu bercadang mewujudkan satu sistem mengikut gred supaya penetapan gaji berkenaan dapat dilakukan mengikut standard tertentu dan tidak berat sebelah.

Katanya perbincangan lanjut akan diadakan bersama Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan serta persatuan yang lain untuk melihat mekanisme atau formula yang sesuai dalam menentukan gred berkenaan.

"Mereka akan dinilai daripada pelbagai sudut termasuk pendidikan akademik, pengalaman serta kelayakan tertentu, dan ini sekali gus dapat menyelesaikan masalah pembayaran gaji kepada artis muda yang dikatakan lebih tinggi berbanding artis veteran," katanya ketika ditemubual dalam program 'Dalam Radar' terbitan Bernama Radio24.

Zed Zaidi, yang baru dilantik sebagai Presiden Seniman bagi penggal 2012-2015, berkata persatuan itu juga akan mengemukakan usul untuk mendapatkan peruntukan bagi membolehkan Seniman menjadi badan royalti kepada pelakon.

Beliau berkata peruntukan berbentuk insurans berkelompok itu akan membolehkan pelakon memperoleh royalti sepanjang filem mereka ditayangkan dan berfungsi sebagai pencen mereka.- BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan