ALBUM BARU: 'Some Nights' Tonjol Kreativiti Fun

Diterbitkan: Sabtu, 2 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALBUM: Some Nights

ARTIS: Fun

EDARAN: Warner Music Malaysia

SOME NIGHTS bukanlah album pertama daripada Fun. Ini merupakan album kedua daripada kumpulan indie pop ini selepas Aim And Ignite yang dikeluarkan pada tahun 2009.

Bagi peminat muzik yang inginkan sedikit kelainan, album ini mungkin sesuai untuk diperdengarkan.

Pengenalan lagu Some Nights menunjukkan Fun tampil berbeza dengan album sebelumnya kerana kumpulan yang terdiri daripada tiga ahli iaitu Nate Ruess, Andrew Dost dan Jack Antonoff turut tampil dengan konsep ala Broadway.

Malah trio ini cukup berani kerana mempertaruhkan Some Nights dengan versi kedua yang mana muziknya lebih besar. Sedikit unsur penyanyi Mika juga ada pada lagu ini.

Seperti yang diperdengarkan di corong-corong radio, We Are Young menjadi kegemaran ramai dan ternyata kolaborasi Fun bersama Janele Monae menjadi.

Walaupun album ini mempunyai unsur provokatif, tolak tepi hal itu, kerana kebijaksanaan mereka menginspirasikan sebuah muzik yang unik memberi satu nafas baru buat halwa telinga pendengar.

Lagu Carry On yang menggunakan elemen muzik instrumen seperti memberi nyawa pada lagu tersebut. Menarik.

Bagaimanapun, pada pendapat saya ada juga beberapa lagu yang kurang menarik perhatian seperti Stars dan One Foot.

Secara keseluruhannya, album yang memuatkan sebanyak 10 buat lagu ini penuh dengan eksperimen muzik yang dilakukan oleh Fun yang sentiasa kreatif dalam penghasilan lagu mereka.

LAGU PILIHAN: Some Nights, We Are Young, Carry On

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan