Adam Levine Temui Kekasih Baru

Diterbitkan: Sabtu, 2 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BARU dua bulan putus cinta, nampaknya Adam Levine sudah menemui pengganti Anne Vyalitsyna.

Menurut laporan Dailymail, Adam dilihat sedang bercium dengan seorang wanita yang belum diketahui identitinya di Hawaii.

Pasangan itu tampak begitu mesra bersama dan menikmati suasana romantis tanpa mempedulikan orang sekeliling yang memerhati gelagat kedua-dua mereka.

Terdapat sumber memberitahu, selain berhibur, kehadiran pasangan itu di Hawaii bagi menghadiri pernikahan teman mereka.

"Mereka tidak henti-henti berciuman, berpelukan dan berpegangan tangan di Hawaii, seperti tidak kisah dengan mata orang di sekeliling.

"Mungkin Adam ingin menunjukkan bahawa wanita itu adalah kekasih barunya," kata sumber tersebut.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan