Penyanyi Emilia Contesa Ingin Jadi Ahli Parlimen

Diterbitkan: Jumaat, 1 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Wajah terbaru Emilia Contessa. Foto SHAARI CHE MAT
Wajah terbaru Emilia Contessa. Foto SHAARI CHE MAT

KUALA LUMPUR: Penyanyi tahun 70-an dari Indonesia, Emilia Contessa, 55, memberitahu penglibatannya dalam arena politik akan membuka ruang untuk beliau bergelar Ahli Parlimen pada pilihan raya negara itu yang dijadualkan tahun 2014.

Beliau berkata, hasratnya adalah untuk memperjuangkan hak dan akidah Islam di Indonesia agar tidak terus tercemar dan berharap usahanya akan mencapai kejayaan.

“Saya sudah 13 tahun berjuang dalam politik. Malah saya pernah kalah ketika pengundian tetapi saya tidak pernah patah semangat.

"Hasrat saya memang tinggi menggunung untuk memperjuangkan akidah umat Islam di Indonesia,” katanya kepada pemberita dalam satu pertemuan di restoran Sahara Oasis, Jalan Ampang di sini, Khamis.

Emilia hadir untuk memenuhi undangan Persatuan Ikawa Malindo yang menganjurkan persembahan tertutup untuk kaum wanita di Hotel Sunway Putera di sini, malam Jumaat.

Emilia yang mewakili Parti Persatuan Pembangunan (PPP) iaitu satu-satunya parti yang memperjuangkan hak masyarakat Islam Indonesia berkata, penglibatannya dalam politik telah membataskan kerjayanya dalam bidang seni.

Ujarnya, ia disebabkan dia perlu berkempen ke merata tempat untuk mencari pengaruh yang memaksanya menolak banyak undangan persembahan pentas.

“Saya amat bersyukur pada ketika ini saya masih mendapat banyak undangan menyanyi tetapi saya tidak dapat memenuhi semuanya kerana saya aktif berpolitik.

"Saya juga meninggalkan terus dunia lakonan,” jelasnya yang pernah popular dengan lagu Penasaran, Bunga Mawar, Rindu, Mungkinkandan Kehancuran.

Walaupun tidak terlalu aktif dalam bidang seni, beliau sentiasa memperuntukkan masa satu jam sehari untuk mengasah vokalnya dengan menyanyi sambil diiringi muzik piano.

Latihan tersebut katanya, mampu membuatkan seseorang itu mengekalkan kelunakan suara masing-masing walaupun ketika usia sudah lanjut.

Sementara Emilia memberitahu, pihaknya telah menghasilkan sebuah album penuh yang memuatkan lagu-lagu baru dan lama bagi mengubat kerinduan peminat terhadap kehadirannya itu.

Katanya, album yang dijangka dijual dalam tahun ini juga itu membuktikan bahawa dia masih menyayangi peminatnya walaupun terlalu jarang membuat kemunculan di pentas.

“Saya akan hasilkan album yang memuatkan lagi-lagu pop. Saya yakin, para peminat saya tentu sekali menyukai lagu-lagu dalam album itu,” ujarnya.

Menyentuh mengenai kisah peribadi, Emilia pernah tiga kali berumah tangga dan suami ketiganya adalah seorang duda yang juga ahli politik berketurunan Arab iaitu Ussama Muhammad Al Hadar.

Hasil keseluruhan perkahwinan itu, beliau dikurniakan empat orang anak yang mana salah seorangnya iaitu Denada Elizabeth Anggia Ayu merupakan penyanyi rap di Indonesia.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan