Kilafairy Muncul Dengan Lagu Rentak Bollywood

Diterbitkan: Jumaat, 1 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kilafairy
Kilafairy

KUALA LUMPUR: Pelakon Kilafairy menganggap sudah tiba masanya untuk dia muncul dengan sebuah lagu seperti Bollywood untuk kepuasan dirinya sendiri.

Kilafairy atau nama sebenarnya Syakila Nisha Jangir Khan, 20, berkata, dia begitu teringin untuk memiliki lagu berkonsepkan sedemikian kerana meminati muzik itu sejak kecil lagi.

"Diakui saya memang 'gila' dengan lagu-lagu Bollywood. Cakaplah lagu apa sahaja, saya boleh membawakannya dengan baik.

"Sebab itu saya teringin untuk merakam sebuah single lagu Bollywood. Mana tahu, lagu yang saya bawakan itu mampu menarik perhatian peminat-peminat tegar Bollywood," selorohnya.

Tambah Kilafairy, dia menganggap memiliki darah keturunan Pakistan juga mungkin menjadi salah satu punca dia meminati muzik tersebut.

Bagaimanapun, buat masa ini, pelakon filem Hoore! Hoore! itu berkata, dia akan muncul dengan single keduanya yang berjudul Pasti, ciptaan penyanyi Amylea Azizan tidak lama lagi.

"Sebelum keluar dengan lagu Bollywood, saya perlu memastikan bahawa peminat-peminat sukakan saya sebagai penyanyi dan juga pelakon.

"Ini hanyalah sebahagian daripada strategi pemasaran dan oleh itu saya meminta bantuan Amylea untuk menghasilkan lagu Pasti.

"Lagu tersebut adalah genre 'R&B Soul' dan saya harap para peminat menyukainya," ujar Kilafairy yang juga pernah tampil bersama kumpulan Roman menerusi lagu Bila Terasa.

Dalam pada itu, lagu Pasti juga mempunyai versi bahasa Inggeris dengan menggunakan judul Always Be.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan