Osman Ali Dedah Kisah Liar Remaja Dalam 'Jiwa Taiko'

Diterbitkan: Khamis, 31 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Osman Ali
Osman Ali

KUALA LUMPUR: Pengarah terkenal, Osman Ali berkata paparan kisah liar remaja dalam filem terbarunya Jiwa Taiko adalah kisah benar kehidupan golongan itu.

Osman berkata ia sebuah kehidupan yang berlaku dalam masyarakat tanpa disedari.

"Tidak benar saya mengangkat kehidupan liar remaja sebagai tema utama untuk mempromosikan gaya hidup tersebut.

"Tetapi tema itu diangkat kerana ia berlaku dan saya mahu menggambarkan kepada masyarakat mengenai kehidupan mereka yang telah tersasar yang akhirnya kembali ke pangkal jalan," ujarnya kepada mStar Online.

Osman ditemui selepas majlis tayangan perdana filem berkenaan di sini pada malam Rabu.

Tambah Osman, pelbagai metafora dan pengajaran banyak diselitkan dalam filem berkenaan yang mampu dijadikan panduan kepada penonton terutamanya golongan remaja.

"Jika kita tidak kuat dalam sesuatu pegangan dan percaya pada diri sendiri kita akan mudah terpesong dan terlibat dalam pelbagai perkara negatif.

"Itu yang cuba saya sampaikan kepada penonton," ujarnya.

Dalam pada itu, bercakap mengenai aksi panas dalam filem berkenaan, Osman berkata pihaknya telah melakukan hampir 30 peratus pemotongan dan 10 peratus lagi dibuat oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF).

Osman berkata, adengan panas di dalam filem itu tidak sepatutnya menjadi isu kerana ia telah diluluskan sendiri oleh LPF.

Sementara itu, Osman berkata dia sebolehnya mahu melihat filem berkenaan mendapat sambutan hebat kerana kos produksinya kecil iaitu RM1.5 juta.

Osman memberitahu, dia telah membuktikan dengan bajet yang rendah dia mampu menghasilkan sebuah filem aksi dan mahu melihat sejauh mana ia boleh diterima penonton.

"Dengan bajet yang kecil saya mahu jadikan ia 'besar' dan komersil dan berharap penonton akan menyukainya.

Jiwa Taiko yang dibarisi pelakon hebat seperti Remy Ishak, Diana Danielle, Bront Palarae, Nadiya Nissa dan Fizz Fairuz itu akan menjengah ke pawagan bermula 14 Jun depan.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan