Kelly Osbourne Lelong Baju Untuk Kerja Amal

Diterbitkan: Khamis, 31 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NAMPAKNYA Kelly Osbourne mengikut jejak langkah beberapa selebriti Hollywood yang begitu peka dengan masalah masyarakat sosial.

Menurut laporan Contact Music, penyanyi itu telah menyumbangkan hampir kesemua bajunya yang tidak lagi dipakai ke beberapa badan kebajikan.

"Sudah tiga hari saya sibuk mengasingkan pakaian yang tidak mahu dipakai lagi untuk disumbangkan kepada badan kebajikan atau mana-mana acara amal.

"Ia membuatkan saya sedar bahawa memiliki apa-apa sahaja barang yang banyak membuatkan kita tidak tahu apa yang ingin dicari dan lupa kepada orang yang memerlukan bantuan," katanya menerusi entri Twitter akaun miliknya.

Tambah Kelly, baju-bajunya itu akan disumbangkan kepada golongan yang hidup gelandangan selain ia akan dilelong bagi tujuan mengumpulkan dana buat pesakit-pesakit kanser.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan