Bekas Tunang Mawi Ina Naim Lahirkan Anak Ketiga - Berita Hiburan | mStar

Bekas Tunang Mawi Ina Naim Lahirkan Anak Ketiga

Diterbitkan: Khamis, 31 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ina Naim
Ina Naim

PETALING JAYA: Penyanyi yang juga bekas tunang kepada penyanyi Mawi iaitu Ina Naim selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.3 kilogram di Hospital Kota Tinggi (HKT) di sini, pada pukul 8.35 pagi Rabu.

Menurut laporan akhbar Harian Metro pada Khamis, Ina atau nama sebenarnya Nordiana Md Naim ketika ditemui kelihatan gembira kerana dikurniakan bayi perempuan berikutan dua anaknya sebelum ini adalah lelaki.

“Sebelum ini Ina mengharapkan bayi perempuan kerana ingin tahu bagaimana melayan kerenah bayi perempuan berbanding lelaki. Malah, naluri keibuan saya mahukan anak perempuan sebagai peneman dan kawan apabila dia besar kelak.

“Syukur berkat solat hajat dan doa Ina serta suami, permintaan itu dimakbulkan,” katanya.

Jantina anak ketiganya itu hanya diketahui ketika pemeriksaan di HKT pada Isnin, hasil ujian imbasan sebelum dia melahirkan bayi itu pada Rabu.

Sementara itu, suaminya Mohd Suhaimi Saad berkata dia sekeluarga bersyukur kerana isterinya selamat melahirkan anak ketiga mereka.

Mohd Suhaimi yang juga penyanyi kumpulan nasyid Inteam berkata, kelahiran bayi perempuan itu bagaikan melengkapkan keluarganya sepanjang lima tahun berkahwin.

“Kami belum memutuskan nama untuk bayi perempuan ini tetapi sudah mempunyai beberapa cadangan yang akan diputuskan kelak.

“Bagi saya, lebih penting nama yang diberikan itu menggambarkan kelembutan dan kesopanan seorang wanita,” katanya.

Sebelum ini, pasangan tersebut dikurniakan dua anak lelaki iaitu Ehmad Hadie Elfardi, 4, dan Sallman Elkhoyri, 2.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan