Pengerusi Finas Sangkal Guna Jawatan Terbitkan 'Gerimis Mengundang'

Diterbitkan: Selasa, 29 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Datuk Md Afendi Hamdan
Datuk Md Afendi Hamdan

PETALING JAYA: Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) Datuk Md Afendi Hamdan menolak tuduhan kononnya dia menggunakan jawatan itu bagi kepentingan peribadi dalam menerbitkan filem Gerimis Mengundang (GM)

Afendi berkata dia enggan mengambil peduli dakwaan yang tidak berasas itu kerana tuduhan berkenaan sememangnya tidak berlaku.

"Saya dilantik untuk jawatan itu selepas projek filem ini. Tidak adil jika tuduh saya menggunakan jawatan untuk kepentingan peribadi. Saya menggunakan wang sendiri untuk proses pasca produksi di Finas.

"Ia bukan satu isu yang perlu saya layan. Tuduhan itu adalah tidak berasas jadi saya tidak perlu ambil kisah dengan apa yang orang hendak kata," katanya kepada mStar Online ketika ditemui selepas tayangan previu filem itu di TGV Sunway di sini, petang Isnin.

Beliau diminta mengulas komentar dalam sebuah akhbar harian, Isnin yang turut mempersoalkan peranan Md Afendi sebagai Pengerusi Finas kerana beliau adalah pemilik Syarikat Produksi E-rema Creative Sdn Bhd yang menerbitkan filem itu.

Komentar berkenaan juga menyebut peranan Md Afendi turut dibualkan penggiat filem apabila kedudukannya dilihat menjadi konflik kepentingan walaupun lantikan beliau hanyalah kontrak.

Afendi berkata walaupun tanggungjawabnya sebagai pengerusi perbadanan itu pasti mengundang salah faham, dia tidak mungkin melepaskan perniagaan hiburan yang sudah diceburinya sejak sekian lama kerana minat yang mendalam.

"Saya mempunyai niat yang murni dalam menghasilkan filem ini iaitu mengembangkan industri. Saya sentiasa sedar akan tanggungjawab saya dan tidak mungkin akan menggunakan jawatan yang diamanahkan untuk kepentingan peribadi.

"Pembabitan secara langsung dalam perniagaan filem ini adalah pendedahan yang baik untuk pengetahuan saya sebagai Pengerusi Finas juga," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Afendi berharap agar filem itu akan mendapat sambutan yang baik apabila ia ditayangkan di Indonesia kelak.

"Ia akan ditayangkan di 80 pawagam di Indonesia nanti. Saya berharap jenama dan nostalgia lagu berhantu Gerimis Mengundang (GM) itu dapat menarik penonton di sana.

"Setakat ini kami menerima respons yang baik dan pelbagai undangan promosi dalam program-program popular di negara itu. Faktor lagu itu pernah popular di sana turut membantu promosi filem ini," katanya.

Filem arahan Ahmad Idham itu dibintangi antaranya Kamal Adli, Olivia Lubis Jensen, Dhitra Marfie dan Felix Agus.

Ia akan ditayangkan serentak di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei pada 31 Mei ini.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan