J.Lo & Mark Anthony Nyaris Bercium

Diterbitkan: Selasa, 29 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEJAK bercerai, Mark Anthony dan Jennifer Lopez kembali bersama di atas pentas Q'Viva The Chosen yang diadakan di Mandalay Bay pada Sabtu lalu.. Kemesraan yang ditunjukkan mereka cukup membuatkan penonton menjadi kecoh.

Menurut laporan Dailymail, pasangan itu tampil bersama berpegangan tangan sambil menyapa para penonton.

Di depan ribuan penonton itu juga Jennifer telah melambai tangannya dan kemudian memeluk bekas suaminya itu, begitu juga dengan Mark.

Pada ketika itu, wajah Mark begitu rapat dengan Jennifer atau lebih mesra dengan panggilan J.Lo, sehingga kedua-duanya tampak seperti ingin bercium.

Bagaimanapun, ciuman itu hanya terkena di pipi J.Lo sebagai tanda ucapan selamat terhadap kejayaan program tersebut.

Sejak mengumumkan perceraian tahun 2011 lalu, pasangan ini telah sama-sama menjalin hubungan dengan orang lain. J.Lo sendiri ketika ini mempunyai hubungan dengan penari latar berusia 24 tahun bernama Casper Smart.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan