Konsert Lady Gaga Di Jakarta Akhirnya Dibatalkan - Berita Hiburan | mStar

Konsert Lady Gaga Di Jakarta Akhirnya Dibatalkan

Diterbitkan: Isnin, 28 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Lady Gaga
Lady Gaga

JAKARTA: Setelah agak lama menjadi kontroversi dan tidak ada kepastian, konsert bintang Hollywood Lady Gaga yang dijadualkan di Jakarta pada 3 Jun depan, akhirnya dibatalkan.

Pengarah Eksekutif Big Daddy Entertainment, Michael Rusli berkata, berita mengenai pembatalan itu diterima pihaknya pada pagi Ahad daripada pengurusan Lady Gaga.

"Pihak Lady Gaga akhirnya membatalkan setelah mempertimbangkan beberapa perkara, ini adalah yang terbaik untuk semua," katanya pada sidang akhbar di sini.

Pihak penganjur berkata mereka akan memulangkan sepenuhnya wang tiket yang telah dibeli orang ramai untuk menyaksikan konsert bertajuk "The Born This Way Ball Tour" itu di Stadium Utama Gelora Bung Karno.

Prosedur pemulangan wang itu akan diumumkan pada Rabu. Lebih 50,000 tiket konsert itu telah dijual sebelum ini.

Peguam Big Daddy, Minola Sebayang berkata pengurusan Lady Gaga tidak mahu melihat ada yang cedera, sama ada di kalangan mereka sendiri atau penonton, berikutan ancaman beberapa pihak sebelum ini, jika konsert itu diteruskan. - BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan