Fathia Latiff Berjaya Tepis Fitnah Berlagak 'Diva'

Diterbitkan: Isnin, 28 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Fathia Latiff
Fathia Latiff

KUALA LUMPUR: Pelakon baru Fathia Latiff yang terus dikaitkan dengan sikap besar kepala dan berlagak seperti artis diva di lokasi penggambaran tidak berasa bosan menepis fitnah-fitnah itu.

Fathia atau nama penuhnya Nur Fathia Abd Latiff, 25, berkata dia tidak bimbang atau tertekan untuk menjawab tuduhan-tuduhan berkenaan kerana perkara itu tidak pernah berlaku walaupun sudah berulang kali dia dikaitkan dengan dakwaan sedemikian.

“Sebenarnya, semua tuduhan itu tidak menjadi satu isu pun. Ia tidak berlaku tetapi hanya tuduhan kosong. Kalau benar saya bersikap besar kepala, demanding, berlagak diva atau tiada disiplin tentulah saya tidak menerima tawaran lakonan.

“Lebih ramai orang bercakap buruk dan menuduh saya itu dan ini, makin murah rezeki saya dalam bidang lakonan. Setakat ini, saya menerima tawaran lakonan secara konsisten pada setiap bulan.

“Malah, banyak yang terpaksa ditolak kerana komitmen pengajian saya (Sarjana Muda Undang-undang) di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam,” katanya ketika ditemui mStar Online, baru-baru ini.

Sebelum ini, Fathia pernah didakwa sebagai aktres bermasalah kerana pernah mengamuk di lokasi sehingga membaling telefon bimbit ke arah pengarah Along Kamaludin pada penggambaran drama Stanza Cinta, tahun lalu.

Terbaru, dia masih lagi dikaitkan dengan tuduhan seumpama itu pada penggambaran sebuah drama bersiri, baru-baru ini.

Ditanya adakah dia mengesyaki penyebaran cerita-cerita buruk itu dilakukan oleh pihak tertentu yang sengaja mensabotaj perjalanan kariernya, Fathia berkata dia enggan menuding jari kepada sesiapa pun dan menerima hakikat bahawa tidak semua orang akan menyenangi kehadirannya dalam dunia lakonan.

“Saya tidak pasti jika ada sesiapa yang tidak senang dengan kehadiran saya di persada seni. Saya sedar tidak semua orang akan suka pada kita. Sebab itu, saya tidak mahu melenting dengan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan itu dan cuba menjaga sikap saya agar lebih disenangi,” akuinya.

Fathia berkata, apa yang mencuit hatinya adalah persepsi negatif segelintir pihak terhadap ketegasannya dalam aspek bayaran lakonan dan perkara-perkara berkaitan kerjaya itu telah disalah ertikan dengan menuduh dia bersikap diva.

“Ada kalanya, saya tergelak dengan cara pemikiran dan persepsi segelintir pihak dalam industri ini yang mudah menjatuhkan hukum dan menilai orang lain tanpa mengetahui perkara yang sebenar.

“Yang lucunya, saya dituduh bersikap demanding dan diva kerana meminta bayaran tinggi dalam kontrak lakonan, padahal ia bukanlah bersikap diva tetapi tegas dalam menentukan hak saya.

“Yang sebenarnya, saya mengamalkan perbincangan dan tolak ansur dalam menentukan harga. Tanyalah pada mana-mana penerbit yang pernah mengambil saya berlakon sama ada saya menetapkan harga yang tinggi atau tidak?” jelasnya.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan