Wartawan Lelaki Akui Kesal Cium Will Smith - Berita Hiburan | mStar

Wartawan Lelaki Akui Kesal Cium Will Smith

Diterbitkan: Sabtu, 26 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Will Smith.
Will Smith.

TAMPARAN yang diberikan kepada seorang wartawan oleh pelakon Will Smith telah meninggalkan kesan cukup besar kepada Vitalli ketika ditugaskan untuk menemuramah pelakon itu di Moscow baru-baru ini.

Seperti yang dilaporkan oleh Aceshowbiz, wartawan yang berasal dari Ukrain itu mengaku menyesal dengan kejadian itu namun menegaskan tidak pernah berniat untuk mencium bibir pelakon itu.

Malah katanya, ciuman yang diberikan di pipi Will adalah sebagai tanda hormat dan tidak lebih daripada itu ketika berpeluang bertemunya dengannya semasa majlis tayangan perdana filem Men In Black 3 di negara itu.

"Saya hanya mencium pipinya sahaja tetapi dia bergerak terlalu cepat sehingga bibir kami kelihatan seperti tersentuh walaupun sebenarnya tidak.

"Saya tidak biasa mencium seorang lelaki atau wanita tetapi kejadian itu berlaku mungkin kerana saya begitu teruja dapat bertemu dengan Will.

"Bagaimanapun perkara itu tidak akan berulang kerana jika berpeluang bertemu Will selepas ini saya hanya akan berjabat tangan sahaja dengannya," ujarnya.

Will sebelum ini juga ada memberitahu kepada wartawan bahawa dia tidak bermaksud untuk menampar lelaki itu dan menganggap tindakannya itu adalah secara spontan.

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan