Penganjur Terus Berusaha Dapatkan Permit Konsert Lady Gaga

Diterbitkan: Sabtu, 26 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Lady Gaga
Lady Gaga

JAKARTA: Penganjur konsert Lady Gaga tetap berusaha mendapatkan permit pertunjukan daripada pihak berkuasa untuk konsert yang dijadual pada 3 Jun depan di sini, walaupun berdepan tentangan kumpulan Islam dan khabar mengenai pembatalannya oleh pihak pengurus bintang Hollywood itu.

Big Daddy Entertaiment pada Jumaat menafikan laporan bahawa konsert solo penyanyi itu akan dibatalkan.

Sehingga ini konsert Lady Gaga akan tetap diadakan di Stadium Utama Gelora Bung Karno pada 3 Jun ini seperti yang dirancang, kata jurucakap syarikat penganjur itu Arif Ramadhoni.

Arif berkata pengurus penyanyi itu dalam kenyataan di Singapura, pada Khamis tidak menyatakan hasrat untuk membatalkan konsert di Indonesia.

Dalam kenyataan itu pengurus Lady Gaga, kata beliau hanya memberi gambaran bahawa kreativiti tidak seharusnya dibatasi dengan pelbagai kekangan.

"Kalau menyatakan secara spesifik batal atau tidak, tidak disebutkan. Tidak ada pernyataan seperti itu (batal) daripada pengurusan Lady Gaga," kata Arif.

Big Daddy juga kata Arif, enggan membuat sebarang spekulasi mengenai status sebenar konsert itu, sama ada akan menjadi kenyataan atau sebaliknya.

Pihak penganjur sudah menjual lebih 50,000 tiket walaupun konsert itu dibantah pelbagai pihak terutamanya pertubuhan bukan kerajaan Front Pembela Islam (FPI) yang mengancam akan mencetuskan huru-hara.

Konsert Lady Gaga menjadi kontroversi kerana penampilan kostum penyanyi itu yang seksi selain dakwaan beliau dilihat seperti memuja syaitan dan lirik lagunya pula seperti anti-agama. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan