Aishwarya Rai Tampil Langsing Di Cannes 2012

Diterbitkan: Sabtu, 26 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aishwarya Rai tampil anggun dan lebih langsing pada Festival Filem Cannes 2012.
Aishwarya Rai tampil anggun dan lebih langsing pada Festival Filem Cannes 2012.

SELEPAS beberapa bulan melahirkan anak pertamanya, pelakon jelita Bollywood, Aishwarya Rai Bachchan mengambil keputusan untuk membuat kemunculan pertamanya selepas bersalin di Festival Filem Cannes 2012.

Isteri kepada Abhishek Bachchan itu sebelum ini telah dikritik hebat oleh media antarabangsa apabila masih gagal mengembalikan bentuk badan asalnya selepas melahirkan seorang anak perempuan pada November tahun lalu.

Bagaimanapun, Aishwarya telah mengejutkan para peminat apabila tampil lebih langsing pada acara karpet merah dan mendapat pujian daripada pelbagai pihak.

Tampil dalam busana rekaan Abu Jani-Sandeep Khosla, bekas ratu cantik dunia itu kelihatan menawan dan telah memukau hadiran yang terlihat kelibatnya.

"Walaupun masih kelihatan sedikit berisi auranya sudah cukup untuk membuatkan orang lain terpukau dan Aishwarya cukup cantik," ujar salah seorang peminatnya.

Aishwarya dalam satu temubual sebelum ini pernah memberitahu dia sangat bahagia bergelar seorang ibu dan tidak kisah mengenai masalah berat badan yang sedang dihadapinya.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan