Adrian Jalaludin Alami Keracunan Makanan Kerana Mencari Teh

Diterbitkan: Sabtu, 26 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Adrian Jalaludin
Adrian Jalaludin

PETALING JAYA: Pengacara Adrian Jalaludin berkata dia tidak boleh melupakan cabaran yang dilaluinya ketika penggambaran program travelog Tea Tracker selama hampir dua minggu di China dan India, baru-baru ini.

Adrian berkata, dia hampir kehilangan nyawanya sendiri akibat diserang penyakit lelah ketika melakukan rakaman beberapa episod di enam bandar di China.

“Ia berlaku kerana kesilapan saya yang mahu berlagak hero ketika mendaki kira-kira 400 anak tangga di Tembok China. Saya melangkah dengan cepat dan tanpa henti sedangkan saya mempunyai penyakit lelah.

“Akibatnya, saya menjadi semput dan sesak sehingga tidak boleh bernafas. Penggambaran dihentikan seketika sehingga keadaan saya stabil semula,” katanya kepada mStar Online.

Bekas pengacara program bual bicara bola sepak, 4-4-2 BPL (Astro SuperSport) ini berkata, tidak cukup dengan serangan lelah di China, dia sekali lagi diuji apabila mengalami keracunan makanan ketika penggambaran di India pula.

“Apabila kami mengembara ke India, saya alami keracunan makanan pula kerana nasi beriyani yang saya makan. Saya muntah dengan teruk sehingga krew terpaksa menghantar saya ke hospital untuk rawatan.

“Saya ditahan di wad selama empat jam sebelum dibenarkan pulang dan menyambung semula penggambaran. Apabila dikenangkan insiden itu, memang saya hendak tergelak jadinya,” kongsinya.

Mengenai pengalaman mengendalikan Tea Tracker, Adrian berkata program tajaan Teh Sabah itu memberikan pendedahan yang menyeluruh mengenai teh dan sejarahnya.

“Ia pengalaman yang hebat. Saya berpeluang untuk mengenali secara mendalam jenis-jenis teh, latar belakang, budaya dan sejarah yang berkaitan dengan teh-teh ini pada setiap lokasi berlainan.

“Sebagai persiapan, saya perlu melakukan kajian dan belajar daripada penduduk setempat mengenai teh-teh ini bagi melancarkan hebahan informasi,” jelasnya.

Pengembaraan Tea Tracker yang bermula di Sabah menjalani penggambaran selama dua bulan dan singgah di 10 lokasi beberapa negara Asia termasuk China, Jepun, India, Taiwan dan Myanmar.

Travelog sebanyak 13 episod ini bakal disiarkan bermula 1 Jun depan selama 30 minit pada setiap Jumaat pukul 7.30 malam di ntv7.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan