Berebut Hak Penjagaan Anak, Usher Dituduh Main Kayu Tiga

Diterbitkan: Jumaat, 25 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Usher.
Usher.

PEREBUTAN hak pengajaan anak di antara penyanyi R&B Usher dan bekas isterinya, Tameka Foster semakin rumit apabila pelbagai fakta dan tuduhan yang tidak berkaitan dengan kes didedahkan dalam mahkamah.

Peguam yang mewakili Tamera telah meminta penjelasan daripada Usher mengenai dia telah meniduri salah seorang gadis pengiring isterinya semasa perkahwinan mereka.

Pihak peguam bela Tameka mendakwa, Usher telah menjalinkan hubungan sulit itu semasa anak guam mereka masih berkahwin.

Usher turut disoal mengenai kejadian dia ditangkap oleh pengasuh bayinya semasa sedang bermesra dengan wanita berkenaan yang dikenali sebagai Mya Fox Davis.

Bagaimanapun, pihak yang mewakili Usher menyangkal tuduhan itu dan menganggap ia adalah satu pembohongan daripada bekas isterinya.

Saksi yang juga salah seorang pembantu yang pernah bekerja di rumah pasangan itu pula memberi keterangan bahawa Tameka sering mengurungkan diri di dalam bilik atau keluar daripada rumah selama dua tiga hari sehingga mengabaikan anak-anaknya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan