Anak-Anak Berjaya Ubah Perangai Ayu Damit

Diterbitkan: Selasa, 22 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ayu Damit. Foto SAM THAM
Ayu Damit. Foto SAM THAM

PETALING JAYA: Penyanyi Ayu Damit merasakan kehadiran dua orang anaknya iaitu Syed Nashrul Haikal, 2, dan Syarifah Alya Adrianna yang berusia 7 bulan, telah banyak mengubah dirinya untuk menjadi seorang yang lebih positif.

Ayu atau nama sebenarnya Norayu Damit, 23, berkata, pengalaman menjaga kedua-dua orang anaknya itu juga telah mematangkannya supaya dapat berfikir dengan lebih rasional.

"Benar, dua anak saya itu menjadikan saya lebih matang dan saya tidak lagi berperangai kebudak-budakan seperti sebelum ini.

"Alhamdulillah kerana mereka juga hidup saya bahagia dan lebih bermakna. Malah saya tidak dapat berenggang dengan mereka kerana hati saya sentiasa tak senang apabila berjauhan," katanya kepada mStar Online.

Tambah juara program realiti One In a Million musim kedua (OIAM2) itu, kerana kematangan itu juga, dia sudah mampu berkomunikasi dengan lebih baik bersama orang di sekelilingnya.

Sementara itu, Ayu yang tidak lagi bernaung di bawah syarikat rakaman Monkeybone Records kini sibuk dengan persembahan nyanyiannya di Hotel Crowne Plaza Mutiara dekat sini setiap Selasa hingga Ahad.

"Sementara ingin menaikkan semula nama dalam industri muzik tempatan, saya membuat keputusan untuk menyanyi di hotel berkenaan demi mencari rezeki buat anak-anak.

"Memandangkan tidak lama lagi saya bakal muncul dengan sebuah album berkonsepkan lagu saduran, menyanyi di Crowne Plaza juga adalah satu platform yang bagus untuk menarik perhatian umum agar saya dikenali," ujarnya.

Album terbaru itu akan memuatkan beberapa lagu popular seperti Salam Buat Kekasih nyanyian Nadia, Kabut Serangkai Mawar (Zaiton Sameon) dan Penghujung Rindu (Jamal Abdillah).

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan