Rui En Hampir Bunuh Diri Gara-Gara 'Unriddle 2'

Diterbitkan: Ahad, 20 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rui En
Rui En

PETALING JAYA: Pelakon Singapura, Rui En mengakui dia pernah berasa ingin membunuh diri gara-gara tertekan dengan ketika penggambaran drama bersiri Unriddle 2 diadakan.

Rui En berkata, hal itu terjadi kerana dia terlalu menghayati wataknya sebagai Hu Xiao Man sehinggakan dia terbawa-bawa ke luar set penggambaran.

"Bayangkan sehingga di satu tahap, saya mengeluarkan kata-kata kesat kepada rakan-rakan di sekeliling dan kebingungan. Fikiran saya hanya memikirkan untuk bunuh diri sahaja.

"Saya bersyukur kerana pelakon gandingan saya, Chen Li Ping berjaya membawa diri saya keluar daripada watak tersebut," katanya.

Tambah Rui En, Chen bukan sekadar rakan artis yang akrab dengannya tetapi kedua-dua mereka begitu mudah apabila bekerjasama dalam mana-mana penggambaran sekalipun.

Unriddle 2 bakal disiarkan bermula 16 Mei, setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 10 malam menerusi saluran ntv7.

Ia merupakan kisah lanjutan Unriddle yang berkisar tentang kehidupan dua orang penghapus jenayah Lin Zheng Yi lakonan Chen Li Ping dan Hu Xiao Man (Rui En) bekerjasama dalam menyelesaikan pelbagai kes jenayah misteri.

Lanjutan siri ini mengetengahkan beberapa watak baru antaranya pelakon pujaan Elvin Ng rakan setugas Zhang Yu Ze (Tay Ping Hui) dan Rebecca Lim sebagai ahli psikiatri yang penuh misteri.

Sementara itu pelakon yang juga merupakan penyanyi dari Malaysia, Huang Qi Ming meneruskan wataknya sebagai seorang peguam bijak tetapi penuh dengan muslihat jahat.

“Saya gembira kerana diberi peluang untuk terlibat di dalam produksi besar ini. Banyak yang dipelajari daripada para pelakon lain dan saya berharap dapat terus bekerjasama dengan mereka lagi pada masa akan datang,” kata Huang.

Layari www.ntv7.com.my dan www.tonton.com.my, untuk maklumat lanjut atau ikuti perkembangan terbaru semua rancangan ntv7 melalui Facebook atau Twitter.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan