Rihanna Bercinta Dengan Atlit Bola Keranjang

Diterbitkan: Ahad, 20 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SELAMA ini penyanyi Rihanna sering mengeluh tentang kehidupannya yang sepi tanpa kehadiran kekasih.

Bagaimanapun khabarnya dia kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang atlit bola keranjang, JR Smith.

Menurut laporan Contactmusic, penyanyi berusia 24 tahun dilihat sedang bermesra dengan Smith di bandar New York.

"Mereka telah ke sebuah kelab malam sambil berpegangan tangan. Rihanna juga dilihat sedang bermanja dalam pelukan Smith," kata sumber.

Dalam pada itu, Smith yang merupakan ahli kumpulan New York Knicks juga sering dikenali sebagai bintang kontroversi dan baru-baru ini dia didenda sebanyak RM75 ribu (USD25 ribu) kerana memasukkan gambar porno dalam akaun Twitter miliknya.

"Smith seorang yang penuh dengan kontroversi dan hal tersebut membuatkan Rihanna tertarik dengannya," ujar sumber itu lagi.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan