'Madagascar : Escape 2 Africa' Temui Penonton TV2

Diterbitkan: Sabtu, 19 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bersempena dengan tayangan filem Madagascar 3 : Europe's Most Wanted yang bakal berada di pawagam pada 7 Jun ini, RTM mengajak penonton meluangkan masa menyaksikan Madagascar : Escape 2 Africa menerusi saluran TV2.

Filem animasi ini akan disiarkan mengisi slot English Blockbuster pada 25 Mei ini, pukul 10 malam.

Menggunakan suara pelakon Benn Stiller, Chris Rock, David Schwimmer, Jada Pinkett Smith dan Sacha Baron, ia mengisahkan tentang kehidupan empat sekawan, Alex (singa), Marty (kuda belang), Gloria (badak air betina) dan Melman (zirafah) yang tinggal di New York’s Central Zoo.

Mereka berempat merupakan kawan baik dan popular disebabkan pertunjukan mereka di Zoo berkenaan. Malah telatah dan gelagat bintang Madagascar itu pasti mencuit hati penonton.

Bagaimanapun, apabila salah seekor daripada mereka terlepas daripada sangkar, rakan-rakan lain berusaha untuk melepaskan diri untuk mencari kawan yang hilang supaya dapat bersatu kembali.

Mereka merampas sebuah kapal untuk ke Afrika dan di sana pelbagai masalah timbul sehingga mewujudkan suasana huru-hara.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan