Penyanyi Donna Summer Meninggal Dunia Kerana Kanser

Diterbitkan: Jumaat, 18 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Donna Summer
Donna Summer

LOS ANGELES: Penyanyi era muzik disko 70-an, Donna Summer telah meninggal dunia pada Khamis (waktu tempatan) kerana kanser. Mendiang berusia 63 tahun.

Jurucakap kepada pemenang anugerah Grammy sebanyak lima kali itu berkata, Summer menghembuskan nafas terakhir di samping ahli keluarga di Naples, Florida.

Namun, mereka enggan mendedahkan butiran mengenai kematiannya.

"Pada awal pagi ini (pagi Khamis), kita telah kehilangan Donna Summer Sudano, seorang wanita yang berbakat besar. Dalam kesedihan kita meratapi kematiannya, kita turut meraikan kehidupannya yang gemilang dan legasi muzik yang ditinggalkan," kata keluarga Summer dalam satu kenyataan.

Sepanjang kariernya, Summer mempunyai 32 single hit di carta Billboard, termasuk empat buah lagu yang berada pada kedudukan nombor satu.

Karier nyanyian bintang itu menghadapi kejatuhan pada era 90-an, selepas dia memeluk agama Kristian dan melancarkan lagu berjudul I Believe in Jesus.

Album terakhirnya, Crayons yang diterbitkan pada 2008 tampil dengan tiga lagu hit I'm a Fire, Stamp Your Feet and Fame.

Pada 2009, Summer membuat persembahan pada konsert Nobel Peace Prize di Norway sebagai penghormatan kepada penerima anugerah itu yang juga Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama.

Dia juga pernah muncul pada program televisyen seperti America's Got Talent dan Platinum Hit pada tiga tahun lalu.

Lagu terakhirnya adalah To Paris With Love yang dirakamkan pada 2010.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan