Juliana Ibrahim Tak Kisah Pegang Watak Orang Kampung

Diterbitkan: Jumaat, 18 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Juliana Ibrahim.
Juliana Ibrahim.

KUALA LUMPUR: Pelakon Juliana Ibrahim menjelaskan dia tidak kisah untuk membawa watak orang kampung walaupun ramai melabelnya sebagai pelakon “urban”.

Juliana berkata, sebagai seorang pelakon dia tidak boleh memberi tumpuan kepada sesuatu peranan sahaja sebaliknya perlu mempelbagaikan watak untuk bergelar seorang aktres yang berkebolehan.

"Saya sejujurnya tidak faham mengapa ada orang yang melabel saya begitu kerana sebagai pelakon kita perlu mempelbagaikan watak dan tidak hanya tertumpu kepada sesuatu peranan sahaja.

"Itulah sebab kami dipanggil pelakon kerana dalam sesebuah drama atau filem kita perlu menjadi orang lain dan soal "kampung" atau "urban" ia bukan satu isu," ujarnya kepada mStar Online.

Tambah Juliana, dia menerima sesuatu watak bukan kerana karakter tetapi cerita di sebalik peranan yang diberikan kepadanya.

Dia juga akan membaca terlebih dahulu skrip sesuatu filem atau drama sebelum bersetuju untuk menerima tawaran yang diberikan.

"Saya percaya cerita di sebalik sesuatu watak itu lebih penting. Sebagai contoh, watak Kiah iaitu seorang pelacur yang saya lakonkan dalam Gubra.

"Walaupun ia tidak mempunyai banyak skrip tetapi cerita di sebalik diri Kiah telah menambat hati saya," katanya.

Dalam perkembangan lain, Juliana bakal muncul dalam filem arahan Datuk Zahim Al Bakri berjudul Spilt Gravy On Rice selain drama bersiri I Eat KL dan sebuah telefilem terbitan Aquila Emas berjudul Bertemu Kasih.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan