Bakat Baru Dicari Untuk 'Muzikini Audition'

Diterbitkan: Jumaat, 18 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

'Muzikini Audition' akan memberi peluang kepada 14 bakat baru terbaik menghasilkan single lagu. Foto SAM THAM
'Muzikini Audition' akan memberi peluang kepada 14 bakat baru terbaik menghasilkan single lagu. Foto SAM THAM

PETALING JAYA: Dua syarikat rakaman tempatan, Universal Music dan Sony Music akan mencungkil bakat baru menerusi pertandingan Muzikini Audition yang bakal berlangsung bermula Jun hingga Disember ini.

Pengurus Besar Universal, Loan Cheong berkata, Muzikini Audition merupakan sebuah pertandingan berkonsepkan uji bakat di mana para peserta tidak perlu menjalani pelbagai peringkat kelayakan sebaliknya hanya perlu muncul dalam sekali persembahan sahaja.

"Menariknya tentang Muzikini Audition, ia bukan seperti pertandingan nyanyian di televisyen yang perlu melalui pelbagai jenis peringkat.

"Kami akan keluar mencari bakat-bakat baru daripada kumpulan dan penyanyi solo di tujuh lokasi berbeza bagi menyaksikan persembahan para peserta dan menilai sejauh mana kemampuan mereka menyanyi secara 'live'.

"Malah pihak kami memberi kelonggaran untuk para peserta memilih lagu-lagu yang ingin dipersembahkan. Mereka juga boleh menyanyikan lagu hasil ciptaan masing-masing jika ada," katanya pada sidang media Muzikini Audition, di Hotel One World, dekat sini, Khamis.

Muzikini Audition akan diadakan bermula Jun hingga Disember depan bersempena Festival AEON.

Ia akan diadakan di tujuh pusat beli belah AEON iaitu di Ipoh Station 18 (2 dan 3 Jun), AU2, Setiawangsa (16 dan 17 Jun), Rawang (14 dan 15 Julai), Alpha Angle, Wangsa Maju (8 dan 9 September), Cheras Selatan (13 dan 14 Oktober), Bandaraya Melaka (24 dan 25 November) dan Tebrau City, Johor (15 dan 16 Disember).

Tambah Loan, hadiah bagi tujuh pemenang untuk setiap kategori kumpulan dan solo akan menerima wang tunai sebanyak RM3,000 manakala RM1,500 bagi pemenang solo di setiap lokasi.

Pengarah Urusan Sony Music, Adrian Lim, pula berkata, dia percaya menerusi pertandingan ini, pihaknya bersama-sama Universal dapat membantu bakat baru membina tapak dalam industri muzik tempatan.

"Sony Music mempunyai tradisi dan komitmen dalam mencungkil dan mempromosikan bakat-bakat baru seperti Kelly Clarkson, Daniel Lee dan Misha Omar yang merupakan artis di bawah naungan kami.

"Justeru itu, pihak saya dan Universal akan merakam 'single' lagu bagi 14 pemenang yang dipilih ini dan akan menghasilkan album kompilasi khas buat mereka yang akan diedarkan pada Januari tahun depan," ujarnya.

Para peserta akan diadili oleh wakil daripada Sony dan Universal serta beberapa tenaga profesional muzik lain di mana markah akan diberikan berdasarkan permainan muzik (30 peratus), kualiti suara (30 peratus) dan seni persembahan (40 peratus).

Dalam pada itu, Suria FM bertindak sebagai stesen radio rasmi.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan