Saw Teong Hin Tunggu 12 Tahun Arahkan Filem Muzikal - Berita Hiburan | mStar

Saw Teong Hin Tunggu 12 Tahun Arahkan Filem Muzikal

Diterbitkan: Khamis, 17 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Saw Teong Hin berpuas hati dengan penghasilan muzikal Hoore! Hoore!. - Foto oleh SHAHRUL FAZRY ISMAIL
Saw Teong Hin berpuas hati dengan penghasilan muzikal Hoore! Hoore!. - Foto oleh SHAHRUL FAZRY ISMAIL

KUALA LUMPUR: Pengarah filem Saw Teong Hin berkata penantiannya selama 12 tahun untuk mengarahkan filem muzikal akhirnya tercapai dengan terhasilnya Hoore! Hoore!.

Saw, 40, memberitahu impian untuk menghasilkan sebuah filem muzikal tempatan yang ceria dan hebat seperti Grease (1978), Hairsparay (2007) dan Mamma Mia (2008) sudah lama dipendam sehingga dia menerima sebuah skrip yang bersesuaian untuk dipadankan dengan lagu-lagu Allahyarham Datuk Sudirman Arshad, pada dua tahun lalu.

“Sejak dulu saya sudah pendam hasrat untuk buat sebuah filem muzikal. Saya suka pada konsep filem begini yang ceria, berwarna-warni dan menghiburkan.

“Namun, impian itu terpaksa saya simpan selama 12 tahun sehinggalah saya bertemu dengan skrip Hoore! Hoore!. Apabila penerbitnya Astro Shaw dan Real Film turut mempunyai impian yang sama, saya cukup teruja untuk merealisasikan filem ini,” katanya kepada mStar Online.

Saw berkata demikian ketika ditemui selepas malam gala filem berkenaan di TGV Cinemas KLCC, di sini, malam Selasa lalu.

Pemenang trofi Pengarah Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-18 (menerusi Puteri Gunung Ledang) itu berkata, atas dasar itu dia percaya bahawa filem genre muzikal wajar dihidangkan walaupun ia masih asing dan tidak dekat dengan selera lazim penonton hari ini.

“Saya sedar genre muzikal adalah sesuatu yang asing di kalangan masyarakat kita. Selama ini terlalu banyak filem seram, aksi dan komedi dihasilkan.

“Saya rasa sudah tiba masanya kita hasilkan sebuah filem yang berbeza. Kita kena cuba dan tawarkan kelainan kepada penonton. Hanya dengan cara itu kita dapat kembangkan industri filem,” katanya.

Filem yang dibintangi oleh Akim, Farah Nazirah, Harun Salim Bachik, Adibah Noor, Sahronizam Noor dan Fauziah Nawi itu mengambil masa 30 hari penggambaran dengan kos sebanyak RM1.6 juta.

Ia bakal ditayangkan pada 24 Mei ini bagi memperingati sehari sebelum ulang tahun kelahiran Allahyarham pada 25 Mei 1954.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan