Chef Wan Alami Kecederaan Otot Akibat Terjatuh

Diterbitkan: Khamis, 17 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Chef Wan.
Chef Wan.

PETALING JAYA: Chef selebriti terkenal Datuk Mohd Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan mengalami kecederaan pada otot paha kanannya selepas tergelincir semasa mengendalikan kelas memasak di Malaysian Women Weekly Cookery Club pada Sabtu lalu.

Chef Wan berkata, kejadian berlaku apabila dia terpijak minyak masak yang tumpah di lantai dan lupa dilapkan oleh pembantunya.

"Kadang-kadang kejadian yang berlaku tanpa kita duga kerana terlalu sibuk fokus pada masakan sehingga terlupa tentang keselamatan.

"Alhamdulillahlah keadaan saya tidak terlalu serius cuma otot pada bahagian paha koyak sedikit akibat kejadian itu dan saya hanya perlu banyak berehat buat masa ini," ujarnya ketika dihubungi mStar Online di sini, pada Khamis.

Dalam pada itu, Chef Wan berkata, akibat kejadian itu pahanya telah membengkak dan beliau terpaksa menggunakan tongkat untuk berjalan.

"Saya ni seorang yang tidak reti untuk duduk diam dan apabila perlu menggunakan tongkat untuk berjalan saya rasa kekok.

"Tetapi nasihat doktor perlu dipatuhi yang mengarahkan saya supaya perlu berehat selama enam minggu sebelum kembali bekerja," ujarnya.

Mengakui tidak mahu terlalu memanjakan diri yang sakit, Chef Wan memberitahu, dia tetap melakukan pelbagai aktiviti bagi mengelakkan dirinya bosan ketika di rumah.

"Saya banyak membuat menu baru dan beberapa aktiviti lain yang tidak perlu melibatkan pergerakan yang banyak supaya tak bosan," katanya.

Sementara itu, Chef Wan berkata, dia juga terpaksa menyusun semula jadualnya terutama sekali untuk rakaman program masakan bagi bulan Ramadan yang telah dipersetujui sejak awal dan beberapa kemunculan lain di luar negara.

Beliau bernasib baik kerana semua pihak memahami keadaannya kini dan sanggup menukar jadual tersebut sehingga dia pulih sepenuhnya.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan