Ady Putra Sah Fail Cerai - Berita Hiburan | mStar

Ady Putra Sah Fail Cerai

Diterbitkan: Khamis, 17 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Adi Putra mengesahkan telah menfailkan penceraian terhadap isterinya pada 11 Mei lalu.
Adi Putra mengesahkan telah menfailkan penceraian terhadap isterinya pada 11 Mei lalu.

PETALING JAYA: Pelakon kacak, Adi Putra mengesahkan telah menfailkan permohonan untuk bercerai dengan isterinya, Aida Yusof di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 11 Mei.

Akhbar Harian Metro pada Khamis melaporkan, Adi, 31, atau nama sebenarnya Mohamed hadi Putera Halim berkata, dia dan isterinya telah mengambil keputusan untuk berpisah secara baik dan tindakan itu dibuat selepas pelbagai usaha untuk menyelamatkan rumah tangga mereka gagal.

"Ketika saya pergi mengerjakan umrah baru-baru ini, saya mohon segala yang baik daripada Allah terutama kebahagian dalam rumah tangga, tetapi apakan daya saya kerana setakat ini saja jodoh kami," katanya.

Dalam pada itu, Adi yang merupakan pelakon dari Singapura turut menafikan penceraian itu disebabkan oleh isu anak atau pihak ketiga, tetapi berpunca daripada masalah dalaman suami isteri yang agak sukar untuk diceritakan kerana bimbang mengaibkan orang lain.

"Dalam setiap kebahagiaan pasti ada kedukaan dan saya tak jangka perkara ini (perceraian) akan berlaku dalam rumah tangga saya.

"Tiada sefahaman itu pasti dan selebihnya saya tidak mahu bercerita panjang," ujarnya.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan