Perabut Idea Lima Selebriti Berjaya Dihasilkan

Diterbitkan: Rabu, 16 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Macy mahukan kelainan dalam setiap produk yang dihasilkan menerusi kreativiti lima artis pilihan. Foto LOW LAY PHON
Macy mahukan kelainan dalam setiap produk yang dihasilkan menerusi kreativiti lima artis pilihan. Foto LOW LAY PHON

PETALING JAYA: Lima selebriti popular tanah air berjaya menghasilkan rekaan perabot dan barangan hiasan dalaman yang dilakukan khas untuk sebuah projek dikenali 'Inspirasi Selebriti' dengan kerjasama butik hiasan rumah iaitu Macy.

Pengurus Besar Macy, Jimmy Koay berkata, kelima-lima selebriti tersebut telah mencipta sendiri perabot mengikut cita rasa masing-masing bagi koleksi terbaru.

"Selebriti adalah inspirasi kepada ramai golongan di negara ini dan pemilihan mereka bertepatan dengan objektif Macy yang mahukan kelainan dalam setiap produk yang ditawarkan.

"Para selebriti diberikan kebebasan untuk memilih jenis perabot, fabrik dan sebagainya mengikut kehendak masing-masing dalam menentukan perabot yang ingin dihasilkan," katanya kepada mStar Online pada majlis pelancaran Inspirasi Selebriti Macy di sini pada Selasa.

Lima selebriti yang terpilih untuk projek itu ialah artis Yuna, Vanidah Imran, Rashidi Ishak dan personaliti televisyen iaitu Jojo Struys dan Wong Chui Ling.

Dalam pada itu, pelanggan Macy yang berminat untuk memiliki perabot rekaan selebriti pilihan boleh berbuat demikian apabila ia akan dipamerkan di seluruh cawangannya nanti.

Jimmy berkata, sebahagian hasil jualan perabot itu nanti akan disalurkan kepada rumah kebajikan terpilih.

"Ia bukan mengenai keuntungan semata-mata kerana hasil jualan koleksi selebriti ini akan disalurkan kembali kepada masyarakat yang memerlukan," ujarnya.

Sementara itu, Jimmy berkata, kesemua lima selebriti itu akan melakukan rekaan masing-masing selepas inil.

"Ini adalah kira musim pertama dan selepas promosi tamat kita akan teruskan dengan penghasilan produk terbaru karya selebriti kita," katanya.

Dalam perkembangan sama, pasangan suami isteri Vanidah dan Rashidi melahirkan rasa teruja dengan projek terbaru ini dan berharap pelanggan akan menyukai rekaan yang mereka hasilkan.

"Kami memilih untuk menghasilkan perabot untuk kanak-kanak kerana buat masa ini tidak banyak pilihan untuk mereka.

"Paling penting perabot yang dihasilkan itu tahan lama dan berbaloi untuk dibeli," katanya.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan