Tidak Lulus Permit, Konsert Lady Gaga Di Jakarta Mungkin Batal

Diterbitkan: Selasa, 15 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Lady Gaga
Lady Gaga

JAKARTA: Penyanyi berimej pelik, Lady Gaga berkemungkinan terpaksa membatalkan konsertnya di Indonesia apabila pihak polis melahirkan kebimbangan pakaian seksi serta pergerakan tarian penyanyi itu akan merendahkan nilai-nilai Islam selain merosakkan pemikiran anak muda di negara ini.

Jurucakap polis Boy Rafli Amar pada Selasa berkata, permit untuk konsert penyanyi itu yang dikenali sebagai "Born This Way Ball” pada 3 Jun depan tidak dapat diluluskan dan ia mendapat sokongan pihak polis.

Penganjur konsert tersebut iaitu Michael Rusli pula tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan reaksinya tetapi telah melahirkan kekesalan sebelum ini jika pihak polis gagal memberi penjelasan dengan pembatalan itu.

Katanya, para peminat tidak sabar untuk menyaksikan Lady Gaga beraksi apabila sebanyak 52,000 tempat duduk di Stadium Gelora Bung Karno, di sini telah terjual dalam tempoh dua jam ketika penjualan tiket dibuka.

Indonesia merupakan sebuah negara yang mempunyai 240 juta penduduk dengan kebanyakannya adalah penganut Islam.

Walaupun mengamalkan toleransi dalam beragama, terdapat segelintir pihak yang lantang menentang dalam satu-satu perkara kebelakangan ini.

Pihak penentang menganggap kehadiran Lady Gaga ke negara ini mampu memberi ancaman selain berhasrat untuk menggunakan kekerasan fizikal sebaik sahaja penyanyi itu keluar daripada pesawatnya.

Sementara itu peminat penyanyi tersebut iaitu Mariska Renata berkata dia sangat kecewa sekiranya konsert tersebut dibatalkan.

Peminat itu berharap kerajaan Indonesia tidak tunduk kepada kehendak “pengacau” kerana ia seolah-olah memberikan mereka kuasa untuk melakukan keputusan dalam beberapa perkara.

"Kami cukup matang untuk membuat tafsiran di antara nilai-nilau moral serta seni dan budaya,” kata Renata.

Siri jelajah Asia Lady Gaga bermula lewat bulan lalu dan kebanyakkan tiket telah habis dijual.

Konsert penyanyi itu di Korea Selatan hanya dihadkan untuk orang ramai berusia 18 tahun ke atas selepas mendapat bantahan daripada puak-puak konservatif. - AP

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan