'The Avengers' Pecah Rekod Catat Kutipan RM3 bilion

Diterbitkan: Selasa, 15 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Chris Evans memegang watak sebagbai Kepten Amerika (kiri) dan  Robert Downey Jr. sebagai Tony Stark, dalam
Chris Evans memegang watak sebagbai Kepten Amerika (kiri) dan Robert Downey Jr. sebagai Tony Stark, dalam "The Avengers."

LOS ANGELES: Filem “The Avengers” mencatat kutipan AS$1 bilion (RM3 bilion), satu jumlah tertinggi pencapaian filem Boxoffice mengatasi filem-filem pembunuhan yang ditayangkan.

Filem daripada komik superhero itu mencatat AS$103.1 juta (RM309 juta) pada hujung minggu lalu di Amerika Utara diikuti AS$207 (RM621 juta) pada sepanjang minggu tayangan, iaitu kutipan paling memberangsangkan kata Exhibitor Relations.

Kejayaan filem yang dihasilkan dengan bajet kira-kira AS$200 juta (RM600 juta) itu akan membantu mengurangkan kerugian terhadap Walt Disney Studios setelah kegagalan filem fantasi “John Carter” yang ditayangkan pada Mac lalu.

Di tempat kedua menyaksikan filem “Dark Shadows” yang mendapat kutipan AS$29.7 (RM89.1 juta) pada minggu pertama tayangan.

Sementara itu filem romantik komedi “Think Like A Man” mendapat tempat ketiga iaitu dengan kutipan AS$5.8 juta (RM17.4) manakala “The Hunger Games” menduduki carta keempat sepanjang lapan minggu menemui penonton. Filem lakonan Jennifer Lawrence itu mencecah AS$4.5 juta (RM13.5 juta).

Filem “The Lucky One” yang diadaptasi daripada buku Nicholas Sparks lakonan Zac Efron yang memegang watak anggota tentera memperoleh (AS4.5 juta) RM12.3 juta pada kutipan untuk minggu keempat manakala “The Five Years Engagement” menduduki tempat ketika apabila mendapat AS$3.3 juta (RM9.9 juta).

Filem animasi kanak-kanak iaitu “The Pirates! Band of Misfits” menduduki tempat ketujuh dengan kutipan AS$3.1 juta (RM9.3 juta).

“The Best Exotic Marigold Hotel”, sebuah filem komedi drama mengenai pesara British di India menduduki tempat kelapan untuk seminggu tayangan apabila meraih AS$2.7 juta (RM8.1 juta).

Kisah benar mengenai kehidupan Cimpanzi di hutan yang mesra kanak-kanak iaitu “Chimpanzee” menduduki tempat kesembilan dengan memperoleh kutipan AS$1.8 juta (RM5.4 juta)

Bagaimanapun bagi tempat ke sepuluh adalah “Safe”, sebuah filem aksi yang hanya memperoleh kutipan AS$1.4 juta (RM4.2 juta) - AFP

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan