'BRTM 2012' Tampil Format Lebih Segar

Diterbitkan: Ahad, 13 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BRTM 2012 yang bermula sejak 5 Mei lalu bersiaran secara langsung pada setiap Sabtu pukul 9 malam di TV2.
BRTM 2012 yang bermula sejak 5 Mei lalu bersiaran secara langsung pada setiap Sabtu pukul 9 malam di TV2.

KUALA LUMPUR: Radio Televisyen Malaysia (RTM) memperkenalkan format baru program Bintang RTM 2012 (BRTM 2012) bagi menyuntik elemen yang lebih segar dan kontemporari.

Penerbitnya Mohd Yusni Mohamed Ali berkata, BRTM 2012 tampil berbeza kerana 16 peserta yang disenarai pendekkan daripada 2000 orang yang menghadiri uji bakat tidak melalui proses penyingkiran mingguan seperti sebelum ini.

Katanya, 16 peserta yang terpilih itu dibahagikan kepada dua kumpulan, di mana lapan peserta daripada setiap kumpulan akan bersaing secara berasingan pada minggu suku akhir pertama dan kedua (12 & 19 Mei).

"Penyingkiran hanya akan berlaku pada minggu keempat di mana 12 peserta terbaik akan mara ke peringkat separuh 1 dan 2 (9 dan 16 Jun).

"Daripada situ, tujuh peserta pula akan disingkirkan bagi memberikan laluan kepada lima peserta untuk mara ke peringat akhir pada 8 Julai depan," katanya kepada mStar Online.

Mohd Yusni ditemui selepas konsert suku akhir 1 di Auditorium Perdana, Angkasapuri di sini, malam Sabtu.

Bercerita lanjut, Mohd Yusni berkata BRTM 2012 turut memperkenalkan susunan muzik baru dalam persembahan setiap peserta.

"Kita mahu para peserta pada kali ini menyampaikan lagu-lagu daripada susunan muzik yang baru berbanding muzik asal.

"Kalau diperhatikan, rekaan pentas dan penampilan serta imej para peserta juga lebih kontemporari seiring dengan trend penerbitan program realiti semasa," katanya.

Minggu suku akhir pertama BRTM 2012 menyaksikan persaingan kumpulan 1 yang terdiri daripada Hoo Seen Sam, 16 (Lilienne), Aisha Masnamimi Safia @ Shafie, 23 (Aisha), Shalina Gunainthran, 16 (Shalina) dan Fitri Hakim Omar Walid, 19 (Fitri).

Empat lagi peserta yang turut bersaing adalah Mohd Hafsyam Noordin, 25 (Hafsyam), Nurul Shazia Mohd Rozaini, 19 (Shazia), Ibnu Farid Kamaruddin, 25 (Farid) dan Diandra Justine, 20 (Diandra).

Pemain seksofon dan komposer muzik, Jari bertindak sebagai juri tetap di samping dua juri jemputan.

Persembahan lapan peserta kumpulan 1 pada konsert suku akhir pertama itu turut dinilai oleh juri jemputan iaitu penyanyi Ning Baizura dan pengarang majalah Media Hiburan, Meen Tahrin.

Konsert itu turut dihiburkan dengan persembahan selingan oleh Zamani, Sharifah Zarina dan kumpulan Forteen.

Diacarakan oleh Muaz Mohamed, BRTM 2012 yang bermula sejak 5 Mei lalu bersiaran secara langsung pada setiap Sabtu pukul 9 malam di TV2.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan