ALBUM BARU: 'Nightmare' Ubati Rindu Peminat Avenged Sevenfold

Diterbitkan: Sabtu, 12 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ARTIS: Avenged Sevenfold

ALBUM: Nightmare

EDARAN: Warner Music Malaysia

BUAT penggemar kumpulan metal Avenged Sevenfold (AS), album terbaru mereka berjudul Nightmare mungkin dapat mengubat rindu para peminat setelah sekian lama tidak menghasilkan album sejak tahun 2007.

Mendengarkan lagu-lagu pada album ini, ia memberikan satu jaminan kepuasan maksima apabila hampir kesemua lagu-lagunya hebat untuk diperdengarkan.

Sebanyak 12 buah lagu dimuatkan dan antaranya ialah Nightmare, Welcome To The Family, Danger Line, Buried Alive, Natural Born Killer, So Far Away, God Hates Us, Victim, Tonight The World Dies, Fiction dan Save Me.

Nightmare yang menjadi trek pertama pada album ini menunjukkan AS seperti ingin membuktikan kehebatan muzik mereka pada kali ini memandangkan album terakhir mereka yang dihasilkan sebelum ini iaitu Avenged Sevenfold, kurang mendapat sambutan.

Kemunculan album ini juga benar-benar menunjukkan AS bangkit semula daripada 'kekalahan' album lepas yang membuatkan peminat-peminat setia mereka merungut dan tidak berpuas hati dengan hasil lagu yang dibawakan.

Lagu Danger Line pasti akan menarik halwa telinga pendengarnya dimana AS memasukkan elemen muzik dram pada permulaan lagu. Melodinya juga menarik.

Trek keempat, lagu Buried Alive memberi nafas 'rock ballad'.Muzik yang dibawakan mempunyai sedikit unsur muzik rock 80-an.

Secara keseluruhannya, AS tampil dengan muzik yang kemas. Walaupun muziknya berbentuk rock metal, penyusunan lagu pada album ini yang dicampur dengan lagu-lagu perlahan membuatkan ia seimbang dan masih lagi mampu didengar oleh pendengar muzik yang sebelum ini mungkin tidak gemarkan muzik sebegini.

LAGU PILIHAN: Nightmare, Burried Alive, Danger Line, So Far Away

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan