Aku Sudirman: Kempen Penghormatan Buat Sudirman

Diterbitkan: Sabtu, 12 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sempena ulang tahun kelahiran Allahyarham Datuk Sudirman Arshad pada 25 Mei ini, stesen televisyen (TV) Astro akan mengadakan beberapa program khas menerusi kempen Aku Sudirman.

Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh berkata, menerusi kempen berkenaan, pihaknya telah menyusun pelbagai aktiviti yang antaranya seperti program TV, konsert, tayangan filem, album, klip video dan peraduan.

"Kita semua tahu, Allahyarham mempunyai pesona dan daya tarikan tersendiri selain sering menampilkan keunikan pada setiap persembahan pentas.

"Bersempena dengan kempen Aku Sudirman, pihak kami ingin menyuntik semangat yang dimilikinya agar ia dapat diterapkan dalam minda golongan anak-anak muda dan pada masa sama ingin mengembalikan memori kegemilangannya," katanya pada sidang akhbar kempen Aku Sudirman di Zebra Square, di sini, Jumaat.

Tambah Khairul, filem arahan Saw teong Hin, HOORE! HOORE! akan membuka lembaran kempen Aku Sudirman apabila ia akan memulakan tayangannya pada 24 Mei ini.

Filem muzikal yang menampilkan pelakon-pelakon baru dan lama seperti Akim,Kilafairy, Nurfarah Nazirah, Harun Salim Bachik, Adibah Noor, Fauziah Nawi dan Aznil Nawawi dan ramai lagi akan menggunakan rangkaian lagu-lagu popular Allahyarham yang disusun semula oleh komposer Audi Mok.

Selain itu, radio rasmi Sinar FM dan Era FM juga telah merangka pelbagai bentuk promosi bagi menghangatkan lagi kempen ini dan pada promosi kemuncak, Sinar FM akan menjenamakan semula sebagai Sudirman FM selama 24 jam pada 3 Jun depan.

Bagi platform TV pula, Astro melalui saluran Astro Ria, Prima, Awani dan Hitz TV akan berselang-seli menayangkan program-program yang antaranya seperti Di Sebalik pembikinan HOORE! HOORE!, Cerita Artis Malaysia, Konsert Hoore Hoore Aznil, filem KAMI, Out and About, Dokumentari Sudirman Hari Arshad dan Kini Trending.

"Kemuncak kempen ini nanti, orang ramai dijemput hadir untuk menyaksikan Konsert Kenangan Sudirman yang diadakan secara percuma pada 3 Jun, di Stadium Bola Sepak Cheras Kuala Lumpur.

"Saya percaya dengan kemunculan penyanyi-penyanyi seperti datuk Siti Nurhaliza, Adira, Hujan, Hazama, Alyah, Rahim Maarof dan Osbon, para penonton pasti akan terhibur dengan persembahan-persembahan mereka," ujarnya.

Dalam pada itu, syarikat rakaman Warner Music Malaysia juga akan menerbitkan sebuah album berjudul Aku Sudirman - Suatu Interpretasi oleh penyanyi-penyanyi muda seperti AwanBand, The Kebayas, XPDC Junior, Hujan, Altimet & DJ Fuzz serta Taxi yang akan dipasarkan pada penghujung Mei ini.

Selain acara-acara hiburan, pihak Astro juga akan mengadakan Majlis Tahlil dan Qiamullail bagi memperingati insan-insan seni yang telah meninggal dunia.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan