Uji Rashid Anggap Tidak Ramai Artis Muda Yang Unik

Diterbitkan: Jumaat, 11 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Uji Rashid
Uji Rashid

PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon era 70-an, Uji Rashid menganggap tidak ramai artis generasi baru yang meninggalkan impak dalam kerjaya mereka walaupun industri hiburan dibanjiri pelbagai bakat pelapis.

Uji atau nama sebenarnya Fuziah Haroun Al Rashid, 50-an, berkata, kemunculan mereka yang diibaratkan cendawan yang tumbuh selepas hujan ini sekadar memeriahkan industri tetapi kekurangan aura untuk menonjolkan diri masing-masing.

“Terlalu ramai artis yang muncul dalam industri hiburan tanah air sehinggakan khalayak umum sukar untuk mengingati keunikan masing-masing.

“Kalau ada pun, jumlahnya tidak ramai. Selain Datuk Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir yang memberikan impak pada nyanyian dan persembahan mereka, yang lainnya sukar untuk diingati,” katanya ketika ditemui mStar Online di Menara Star, di sini.

Penyanyi lagu Ku Ingin Selalu Di Sampingmu ini berkata, senario itu berbeza pada era 70-an dan 80-an, di mana setiap artis mempunyai identiti dan kelainan di mata peminat.

“Artis-artis pada era saya mempunyai identiti dan keistimewaan masing-masing. Kami menonjol dengan kelainan yang kami miliki.

“Tiada istilah bersaing atau cuba mengaburi populariti satu sama lain, malah kami saling menyokong dan bersatu hati,” jelasnya.

Menyentuh perkembangan terbaru, Uji yang berpengalaman selama 37 tahun dalam bidang seni berkata, dia bakal terlibat sebagai penyanyi undangan pada konsert Datuk D.J Dave iaitu Journey Through Song - Ingin Bersua D.J Dave, 1 hingga 3 Jun depan.

“Saya menerima pelawaan Dave kerana kami adalah kenalan lama. Malah, saya juga sudah lama tidak berduet dengannya dalam persembahan pentas.

“Pada konsert itu nanti, kami akan berduet dalam lagu Rintihan Rasa yang pernah kami rakamkan lebih 37 tahun lalu. Saya juga akan menyanyikan sebuah lagu popular saya,” ceritanya yang kini aktif mengajar kelas teater.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan