'Man Sewel Datang KL', Acuan Komedi Lama

Diterbitkan: Khamis, 10 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

'Man Sewel Datang KL' akan mencuit hati penonton dengan lakonan barisan para pelakon hebat. Foto SHAARI CHE MAT
'Man Sewel Datang KL' akan mencuit hati penonton dengan lakonan barisan para pelakon hebat. Foto SHAARI CHE MAT

PETALING JAYA: Pengarah filem Man Sewel Datang KL (MSDKL), Abdul Rahman Adam mengakui mengambil risiko dengan menggunakan acuan komedi lama dalam filem tersebut.

Rahman berkata, sepanjang 20 tahun tidak mengarah, dia telah membuat kajian bahawa penonton Malaysia lebih gemarkan filem yang mempunyai jalan cerita yang mudah difahami.

"Saya tahu komedi dalam filem ini agak klise dan lama, tetapi ia masih lagi boleh mencuit hati penonton yang biasanya gemarkan filem-filem ringan.

"Lagipun, jika saya menghasilkan sebuah filem yang berkualiti, belum tentu penonton ingin menontonnya dan yang penting plot ceritanya ringkas dan terhibur.

"Ya, mungkin pembikinan filem ini adalah satu risiko, dan walaupun MSDKL sebuah filem komedi ringan, penonton pasti gemarkannya dan bakal tertunggu-tunggu dengan lawak-lawak untuk babak seterusnya," katanya.

Rahman ditemui selepas tayangan perdana filem Man Sewel Datang KL di Cineleisure @Curve, di sini, malam Rabu.

Filem yang diterbitkan oleh Work Move Production Sdn Bhd ini mengisahkan seorang pemuda kampung, Osman atau Man (Shuib ‘Sepahtu’) yang mengikuti teman sekampungnya, Salim (Razali Hussain) pulang ke Kuala Lumpur (KL).

Man yang sememangnya berperangai gila-gila tinggal bersama Salim yang banyak mengajarnya selok belok kehidupan di KL. Namun, segalanya berubah apabila Man mula mengenali kawan Salim iaitu Nadia (Julia Ziegler).

Banyak duit perbelanjaan yang diberikan ibu Man dihabiskan untuk Nadia.

Man akhirnya pulang ke kampung namun hampa apabila mengetahui teman istimewanya, Siti Khadijah (Rafidah Ibrahim) sudah menjadi milik orang lain.

Tambah Rahman, Walaupun Shuib ‘Sepahtu’ berlakon tanpa anggota kumpulan lawaknya yang lain, dia mempunyai kekuatan tersendiri dalam menyampaikan lawak-lawaknya menerusi filem ini.

Selain Shuib ‘Sepahtu’, Razali Hussain, Julia Ziegler dan Rafidah Ibrahim, filem ini turut dijayakan oleh pelawak wanita terkenal, Rosnah Mat Aris dan penampilan istimewa, isteri Shuib sendiri iaitu Siti Sarah Raisuddin.

"Antara tarikan lain dalam filem ini, Sarah juga mempunyai bakat lakonan yang hebat dan saya akui kemunculan Sarah juga adalah sebahagian promosi untuk filem ini.

"Malah gandingan Shuib dan Sarah di akhir cerita sangat berkesan kerana masing-masing menjiwai watak mereka," kata Rahman.

Filem ini bakal menemui penonton bermula 31 Mei ini.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan