Tidak Tahu Promosi Diri Punca Pelakon Afique Tidak Popular

Diterbitkan: Rabu, 9 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Afiq akui tidak tahu promosi diri kepada media antara punca dia kurang dikenali oleh peminat. Foto ART CHEN.
Afiq akui tidak tahu promosi diri kepada media antara punca dia kurang dikenali oleh peminat. Foto ART CHEN.

PETALING JAYA: Pelakon baru drama bersiri Seindah Sakura, Afique Hussain mengakui kurang pengetahuan untuk mempromosikan diri menjadikan dia kurang dikenali ramai selepas dua tahun bergelar pelakon.

Afique atau nama sebenarnya Mohd Nurul Afiq Hussain, 27, berkata, dia agak sedih dengan situasi tersebut tetapi tidak mahu berputus asa dalam mengejar cita-citanya untuk berjaya dalam bidang seni.

"Mungkin masih belum rezeki saya untuk menyinar dan dikenali ramai kerana kelemahan saya tidak tahu bagaimana untuk mempromosikan diri kepada media dan peminat.

"Tapi itu tidak pernah mematahkan semangat saya untuk terus mengejar cita-cita dalam bidang lakonan," katanya kepada mStar Online.

Tambah Afique, faktor dia tidak mempunyai pengurus turut menyumbang kepada masalah tersebut dan berhasrat untuk melantik individu yang boleh menguruskan hal berkenaan.

"Saya sedang mencari seorang pengurus atau agen untuk membantu menaikkan nama saya dalam industri lakonan kerana saya melihat kehadiran mereka sebenarnya dapat membantu menaikkan jenama diri di kalangan peminat dan media," ujarnya.

Afique pernah muncul dalam beberapa buah drama bersiri dan telefilem seperti Duyung Aridinata, Hotel Hasanah, Lara Hati, Anissa, Puisi Untuk Rubiah, Semadikan Aku, dan Baitul Rahmat.

Dalam pada itu, ditanya mengenai kepentingan populariti seseorang artis baru sepertinya, Afique berkata, ia adalah perlu kerana kebanyakan stesen televisyen di negara ini mengutamakan soal tersebut sebelum sesebuah drama atau telefilem itu ditayangkan.

Kata bekas naib juara pertandingan Pencarian Kacak Bergaya Vigor Pancaindera 2010 ini, pihak stesen juga perlu memastikan pelakon yang diambil dapat menarik perhatian penonton.

"Populariti penting bukan hanya kerana glamor tetapi ia perlu kerana stesen TV juga perlu menghidangkan pelakon yang sudah dikenali oleh penonton untuk menarik minat mereka.

"Sebagai pelakon baru, saya tidak melihat itu sebagai halangan sebaliknya menjadikan ia suatu inspirasi untuk lebih gigih dan berusaha supaya suatu hari nanti wajah saya akan dipilih untuk menerajui drama atau filem," katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai drama bersiri Seindah Sakura yang menggandingkannya dengan Fasha Sandha dan Fahrin Ahmad, Afique memberitahu dia yakin drama bersiri itu akan mendapat perhatian ramai.

Drama itu ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 7 malam di TV3.

Kelibat Afique turut boleh ditonton menerusi drama Lara Hati di TV9 setiap hari Isnin dan Selasa pukul 8.30 malam.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan