Pihak Penerbit Yakin Mantera Bakal Ubah Landskap Filem Tempatan

Diterbitkan: Rabu, 9 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Miza yakin Mantera dapat mendapat perhatian penonton.
Miza yakin Mantera dapat mendapat perhatian penonton.

KUALA LUMPUR: Pihak penerbit filem terbaru berjudul Mantera (MAN Transformable Exo-Robotic Armor) yakin filem berkenaan bakal mengubah landskap filem tempatan.

Ketua Pegawai Ekskutif Flare Studios Sdn Bhd, Miza Mohamad berkata, gabungan antara tiga buah negara iaitu Russia, Dubai dan Malaysia dalam menghasilkan filem itu telah menjadikan karya itu berbeza dengan sentimen antarabangsa dalam kandungannya.

"Walaupun filem ini menggunakan sepenuhnya tenaga kerja dari Malaysia tetapi semasa kita melakukan penggambaran di Russia dan Dubai kami dapat bekerjasama dengan produksi di sana menjadikan hasil filem ini lebih hebat.

"Kerjasama itu juga telah mengembangkan idea asal filem itu seterusnya menjadikan ia lebih menarik dan mempunyai elemen antarabangsa di dalamnya menjadikan ia sebuah filem yang boleh ditonton oleh masyarakat seluruh dunia," ujarnya kepada mStar Online selepas ditemui pada majlis tayangan perdana filem tersebut pada malam Selasa.

Mantera lakonan Tomok dan Shikin Kamal bakal ditayangkan bermula 17 Mei depan.

Dalam pada itu, Miza berkata, pihaknya telah menghasilkan dua versi filem berkenaan untuk tayangan tempatan dan antarabangsa.

Miza memberitahu, pihaknya juga telah berbincang dengan pihak pengedar di luar negara terutamanya di Russia dan Dubai untuk melancarkan filem berkenaan di sana.

"Versi untuk tayangan tempatan adalah sedikit berbeza kerana pihak produksi mengambil keputusan untuk memperbanyakkan elemen tempatan dan romantik bagi mengikut selera penonton di negara ini.

"Bagaimanapun untuk versi antarabangsa elemen-elemen tersebut tidak akan dimasukkan yang dilihat tidak berapa sesuai," katanya.

Sementara itu, Miza berkata, filem yang menelan belanja sebanyak RM8.5 juta itu turut mendapat kerjasama daripada pelakon-pelakon antarabangsa seperti Wael Al-Masri (Dubai), Mikhail Dorojkin (Russia), pelakon seni mempertahankan diri Russia Saide Dashuk-Nighmatulin, Daria Markova (Russia) dan penyanyi pop Ukraine serta pemenang Mrs. World 2008 Natalya Shmarenkova (Ukraine).

Kata Miza, kos penggambaran di Dubai dan Russia, sebahagiannya telah ditanggung oleh Spacetoon International, iaitu rakan produksi filem Mantera.

"Kita mengharapkan filem ini akan dapat diterima ramai kerana ia bersifat universal selain kecanggihan proses penjanaan 3D dan kesan grafik yang canggih," ujarnya.

Mantera mengisahkan pergolakan di antara dua kumpulan rahsia yang menguasai dunia dari sebalik tabir, iaitu “Alliance of Light” dan “Dark Legions”.

Kumpulan Dark Legions melalui syarikat pemukanya Weston Tech telah membangunkan senjata rahsia yang dinamakan Mantera yang merupakan sistem motosikal dan sarung tangan nano yang boleh berubah bentuk menjadi baju perisai robotik.

Walaubagaimanapun, ketua perekacipta Mantera iaitu Dr. Natasya yang menyedari niat jahat ketuanya telah mensabotaj dan memusnahkan sistem Mantera sebelum menghilangkan diri dengan pelan skematik dan “blue print” Mantera.

Daripada situ pelbagai kejadian menarik dan mendebarkan telah berlaku.

Filem ini diarahkan oleh pengarah muda lulusan Akademi Filem FINAS iaitu Mohd Aliyar Ali Kuthy, manakala pengarah fotografi ialah saudara Shan Mugaa.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan